Video| Alamak! Lembu masuk kedai buku! Mahu lihat dunia sebelum dikorban! Cetus panik pengunjung!

Published by
KitaReporters


TARIKH 10 Zulhijjah pasti menjadi tarikh keramat bagi umat Islam, bagi yang berkemampuan mereka akan menyelesaikan  rukun Islam kelima dengan mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Mekah.

Bagi yang berada di tanah air pula, mereka akan mengambil kesempatan untuk melakukan ibadat korban dengan binatang ternakan seperti lembu atau kambing

Terbaharu tular dalam media sosial kelihatan seekor lembu didakwa terbuka ikatan sebelum meluru ke sebuah kedai buku yang terletak Kota Kediri di Jawa Timur, Indonesia.

Mungkin mengetahui dirinya menjadi korban, lalu binatang tersebut mengambil kesempatan melihat dunia terlebih dahulu.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan lembu korban



Kejadian yang berlaku pada 9 Julai 2022 lalu menunjukkan sebuah kedai ‘menerima’ kedatangan tetamu sehingga menyebabkan pengunjung kedai yang terletak di Jalan Letjend Sutoyo 56, Kampung Burengan, Kota Kediri, Jawa Timur, kelihatan panik dan berlari keluar dari lokasi kejadian.

Situasi panik berkenaan menyebabkan pemilik kedai buku berkenaan terpaksa menutup lampu di kedai berkenaan bagi mengelak binatang berkenaan mengamuk. 

Ketua Kampung Burengan, Adi Sutrisno mengesahkan kejadian itu dan menurutnya, ia adalah lembu yang akan disembelih pada 10 Julai (Hari Raya Aidiladha).

"Jadi itu adalah binatang korban hamba Allah yang dipelihara di salah satu masjid di RW 3. Tapi talinya terlepas kerana haiwan itu kuat dan akhirnya ia berjaya melepaskan diri," kata Adi.

Selepas hampir setengah jam berada di kedai, lembu itu akhirnya berjaya dipujuk untuk meninggalkan premis berkenan.

"Tiada kerosakan dan ia telah diselesaikan antara pihak masjid dan kedai buku Perdana. Lembu itu juga selamat dan dalam keadaan sihat," tambah Adi.



Seorang penduduk yang kebetulan berada berhampiran kedai buku itu, Habib, 35, berkata, dia terkejut melihat seekor lembu berlari di tepi jalan dan memasuki kedai buku itu.

“Saya dan beberapa rakan rasa sangat sesuatu yang melucukan apabila melihat lembu itu masuk dan ia membuatkan pengunjung dan pekerja kedai panik. 

 “Lebih-lebih lagi apabila sebilangan penduduk memujuk lembu tersebut untuk keluar dari kedai, tetapi lembu itu bertegas ingin memasuki semula kedai berkenaan. Senario itu seolah-olah lembu itu berasa selesa dengan suasana kedai buku itu,” kata Habib.

Menurut Habib, selepas 30 minit berada di kedai buku dan pekarangan kedai, penduduk berjaya mengalihkan lembu itu dan membawanya semula ke pekarangan masjid.

Mungkin kehadiran lembu ke kedai berkenaan merupakan lambaian terakhir sebelum menjadi korban tahun ini. - KitaReporters


 

 

 

13
13
0
19
0

Copy Link: