Gambar hiasan. - Kredit foto: Paultan.org


Ada ketikanya, seseorang sanggup melakukan apa sahaja untuk mengelak daripada disaman. Dan ada ketikanya perkara yang dilakukan bersifat bodoh hingga ditertawakan oleh pihak lain.

Sebagai contoh, gara-gara takut dikenakan tindakan atas kesalahan trafik, seorang penunggang motosikal wanita menutup nombor pendaftaran (plat) menggunakan coli berwarna kelabu dan seluar dalam warna merah jambu.

Coli digunakan bagi menutup plat bahagian depan, sementara plat belakang pula ditutup dengan seluar dalam bagi motosikal jenis Honda Scoopy.


Lagi cerita-cerita menarik yang lawak dan melucukan


Motosikal dan penunggangnya menjadi perhatian orang ramai di Lamongan. - Kredit foto: Tribune  Jatim


Aksi wanita itu dirakamkan di Lamongan, Jawa Timur, Indonesia dan dimuat dalam Instagram Berita Lamongan dan cepat merebak dalam laman sosial. 

Sebelum menunggang motosikal itu dengan plat ditutup oleh coli dan seluar dalam, wanita ini terlihat bergurau senda dengan rakan-rakan di tepi jalan.

Difahamkan, tindakan wanita itu menutup nombor pendaftaran kenderaannya kerana takut dikesan oleh Penguatkuasaan Undang-undang Trafik Elektronik (ETLE) yang digunakan secara aktif oleh pihak polis di Indonesia.




Susulan penularan video itu, Ketua Polis Lamongan, AKP Aristianto Budi Sutrisno berkata,  semua penunggang motosikal tidak perlu bimbang atau takut selagi mereka mematuhi peraturan lalu lintas.

Tambahnya kepada Kompas, Polis Lamongan dan polis di Jawa Timur mempergiatkan penggunaan ETLE Mudah Alih atau INCAR dan ETLE statik.

Tapi katanya, pengguna jalan raya yang tidak menyalahi peraturan, mengapa mereka perlu takut. - KitaReporters


10
11
0
17
0

Copy Link: