Terengganu laksana PKPB! Tarik balik jika kepatuhan rendah!
Published byKERAJAAN Terengganu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), mulai 4 Mei 2020 sebagaimana saranan Kerajaan Pusat tetapi tidak teragak-agak untuk menarik semula jika pematuhan SOP didapati rendah. Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan itu dibuat bagi menyelamatkan ekonomi rakyat dan negeri yang agak lesu sepanjang tempoh Perintah Kawalan (PKP) sebelum ini. : KitaReporters
Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Katanya, ia juga berasaskan kebajikan rakyat dan perkembangan terkini ke COVID-19 di Terengganu yang bertambah baik.
Tegas Ahmad Samsuri, semua pihak perlu mematuhi setiap syarat yang ditetapkan dan kerajaan negeri akan mengambil tindakan sewajarnya jika peraturan tersebut diingkari.
“Kita tidak akan teragak-agak untuk membuat perubahan pada PKPB supaya kembali lebih ketat sekiranya pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) adalah di tahap rendah dan memberi kesan pada status kesihatan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media pada Ahad, 3 Mei 2020.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan
negeri tetap memandang serius akan pelaksanaannya dan terus komited dengan apa
sahaja langkah pencegahan, terutama pematuhan yang ketat SOP yang akan dinilai
dari semasa ke semasa.
Pada 1 Mei yang lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan pelaksanaan PKPB bermula Isnin, 4 Mei 2020 bagi mengerakkan kembali ekonomi negara selepas negara menanggung kerugian kira-kira RM2.4 bilion sehari.
Kata Menteri Besar, semua pihak perlu memainkan peranan terutama agensi dan jabatan kerajaan termasuk Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan setiap keluarga untuk melaksanakan kawalan sendiri dan pematuhan SOP sangat diperlukan.
Ketika ini Terengganu adalah satu-satunya negeri yang telah mengumumkan akan membenarkan sektor ekonomi dibuka bermula Isnin, 4 Mei 2020.
Pekerja sebuah restoran di Seberang Takir, Kuala Terengganu bersiap menyusun meja makan mengikut SOP yang ditetapkan.
Sementara itu, Kementeran Kesihatan Malaysia (KKM) beranggapan negeri yang tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei 2020 disebabkan dasar kepimpinan belum membuat keputusan rasmi atau belum bersedia melaksanakannya.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pihaknya yakin negeri-negeri terbabit akan membuat persediaan rapi sebelum sebarang keputusan dibuat.
Menurutnya, negeri-negeri berkaitan juga difahamkan akan mengadakan mesyuarat di peringkat negeri untuk membuat pelaksanaan atau sebaliknya.
Menurutnya, sehingga kini lima negeri iaitu Kedah, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak dan Kelantan mengambil keputusan untuk tidak melaksanakan PKPB.
Seorang pengusaha restoran mempromosi menerusi Facebook bersedia untuk beroperasi dan menerima tempahan pelanggan
Dalam pada itu, tinjuan mendapati sebahagian besar pemilik restoran di negeri ini sudah membersih premis masing-masing selain mengubah suai kedudukan meja makan, sebagaimana SOP yang ditetapkan pihak berkuasa sebelum premis masing-masing dapat beroperasi sepenuhnya.
Manakala dalam media sosial pula, netizen memberi pendapat berbelah bagi terhadap cadangan kerajaan negeri melaksanakan PKPB di negeri ini. - KitaReporters
Antara paparan netizen dalam media sosial mengenai cadangan Kerajaan Terengganu melaksanakan PKPB