Netizen marah! Fizi mohon maaf kepada Upin, Ipin! Fizi insaf
Published byWALAUPUN hanya watak dalam sebuah siri animasi kartun Upin & Ipin, ia tetap mengundang kecaman netizen dek kerana satu dialog berbunyi "Kalau tak ada ibu, tak adalah syurga." Dialog yang diucapkan oleh Fizi iaitu salah seorang watak dalam siri animasi popular tersebut, menyebabkan netizen dari negara jiran Indonesia marah dan melemparkan kecaman. : KitaReporters
Inilah Fizi si budak lurus!
Kartun Upin & Ipin bukan sahaja popular di Malaysia tetapi juga di Indonesia.
Pada Ramadan baru-baru ini, kartun terbitan Les’ Copaque Production Sdn Bhd itu ditayangkan di sana.
Dalam babak berkenaan, watak Upin dan Ipin dikatakan
kagum dengan rakan mereka kerana rajin menolong ibunya membuat persiapan raya.
Kemudian ketika itulah dialog ‘kontroversi’ itu diucapkan oleh Fizi sehingga membuatkan Upin dan Ipin berasa sedih kerana mereka adalah anak yatim piatu.
Babak itu membuatkan netizen Indonesia marah dan sentap kerana terkesan dengan kesedihan yang dialami oleh Upin dan Ipin gara-gara keceluparan Fizi.
Video sebak itu turut diakhiri dengan kata-kata Upin
dan Ipin “Ayah Mak Selamat Hari Raya. Tunggu kita di syurga ya.”
Berikutan itu, netizen Indonesia bahkan di Malaysia
juga mendesak agar Fizi memohon maaf kepada Upin dan Ipin atas keceluparan itu
walaupun sedar ia sekadar watak dalam animasi.
Gesaan itu akhirnya memaksa pihak produksi Les’
Copaque mengeluarkan kenyataan permohonan maaf dan seterusnya menghasilkan
babak Fizi meminta maaf kepada Upin dan Ipin.
“Akhirnya Fizi bersedia untuk mohon maaf. Saksikan
video Fizi mohon maaf, hari ini, Selasa 2 Jun 2020, jam 4pm (waktu Malaysia) di YouTube Les'
Copaque Channel,” tulis kenyataan tersebut dalam Instagram @upiniinoficial.
@puazmanofficial : Nak mengalir pulak air mata cik man ni fizi oi. 😂
Semoga dengan kemaafan yang dipinta oleh Fizi, para netizen berpuas hati dan memaafkan juga Fizi, si budak lurus.
Secara tidak langsung, ini membuktikan penangan hebat
siri animasi Upin & Ipin sehingga meruntun hati penonton Malaysia dan
Indonesia. - KitaReporters