Berita Terkini| Sultan Kelantan sumbang RM1j! Bantu golongan terjejas susulan total lockdown!
Published bySultan Kelantan, Sultan Muhammad v
SULTAN Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan menyampaikan sumbangan RM1 juta bagi membantu golongan yang terjejas susulan pelaksanaan ‘total lockdown’ (sekatan pergerakan penuh atau SPP) seluruh negara bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021.
Yang
Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat
Melayu Kelantan (MAIK), Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata
bantuan berkenaan disalurkan melalui MAIK.
“Pada mulanya
peruntukan itu disediakan untuk program bersama Sultan Muhammad V sepanjang
Ramadan lalu namun mendapat perkenan bagi disalurkan kepada golongan terjejas.
“Bagaimanapun,
disebabkan rakyat kini berhadapan dengan kesukaran hidup akibat penularan wabak
pandemic Covid-19, baginda memutuskan bagi membantu golongan terjejas.
“Melalui sumbangan
RM1 juta yang dikurniakan itu, baginda benar-benar berharap dapat berikan kegembiraan
kepada asnaf, anak yatim, pelajar tahfiz dan golongan memerlukan,” katanya
menerusi satu kenyataan yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia, 4 Jun
2021. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter