Jom serbu Festival Budaya Putrajaya! Nikmati aroma dan rasa kopi mengasyikkan! 28 Sept - 1 Okt 2023!
Published by
ANDA peminat kopi? Jika ya dan mahu menikmati pelbagai jenis variasi kopi pelbagai aroma sepuas hati, jom ke Putrajaya Coffee Republic bersempena Festival Budaya Putrajaya yang membuka tirai pada 28 September hingga 1 Oktober 2023 di Dataran Putrajaya, Precint 3, Putrajaya.
Festival itu anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama rakan strategik, Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Istana Budaya. Ia bermula jam 10 pagi hingga 11 malam.. Jurucakap Perbadanan Putrajaya, berkata di zon Putrajaya Coffee Republic, anda boleh menikmati macam-macam jenis kopi seperti kopi orang kampung, kopi ais ikat tepi, kopi SR dan kopi tarik.Santai bersama rakan-rakan dan saudara mara di Festival Budaya Putrajaya 2023.
Santai menikmati kopi pada acara dan pemanis mulut, sambil anda dihidangkan dengan pelbagai aktiviti, antaranya persembahan artis jemputan, teka jumlah biji kopi, The Talent Show Kopi Tarik, Chicken Challenge – Makan drumstick dalam 10 saat dan edaran 1,000 aiskrim percuma.
"Bawa keluarga terutama anak-anak kerana mereka pasti suka dengan suasana santai kerana kami menyediakan zon permainan khas untuk mereka manakala bagi anak-anak muda dan remaja, inilah masanya bergembira sambil menikmati keenakan kopi..
Kopi ais ikat tepi sedap diminum ketika cuaca panas dan sambil berjalan dari satu booth ke booth lain.
"Selain kopi, ada pelbagai makanan dijual seperti beriani, goreng pisang cheese, laksa dan kuih muih warisan etnik Malaysia seperti mi kolok, pasembur, masalodeh, apam balik, ambuyat, pek nga, putu bambu, kacang pool, soto dan dim sum.
"Memang jarang kita dapat menikmati suasana dan makanan seperti ini, jadi jangan lepaskan peluang ini untuk meraikan bersama keluarga dan rakan-rakan," katanya.
Pelbagai persembahan kebudayaan diadakan setiap hari bagi memeriahkan dan meraikan kehadiran pengunjung. Konsert Gala Dikir Barat Mega Rebana akan diadakan pada malam hari Sabtu, 30 September 2023.Gerai Manggo Shake antara yang menerima sambutan pengunjung.
Putrajaya Culture Fun Run & Gathering diadakan Sabtu ini jam 7 pagi (30 September 2023), Putrajaya Coffee Republic (28 September hingga 1 Oktober).
Acara lain ialah persembahan pentas bercirikan tradisional dan suntikan semangat kemerdekaan, penjagaan seni (art care), pencarian bakat Seni Budaya, pameran, demonstrasi dan interaktif Seni Budaya & Warisan (Makanan Warisan), penjualan produk kraf, produk komuniti, produk Tradisional (Busana, Senjata, Alat Muzik), kuiz Seni Budaya dan Pelancongan.
"Artis terkenal dan bekas penyanyi utama Kumpulan Lefthanded, Datuk Nash akan mengadakan persembahan pada hari terakhir, 1 Oktober 2023.
Jika singgah ke booth Perbadanan Putrajaya, anda mungkin pengunjung bertuah menerima hadiah topi payung percuma dan pelbagai hadiah lain.
"Beberapa jabatan yang berkaitan dengan seni dan budaya turut mengambil bahagian, antara Jabatan Muzium Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Perpustakaan Negara, Tourism Malaysia dan Perbadanan Putrajaya.
"Jangan lupa singgah ke booth Perbadanan Putrajaya kerana anda mungkin pengunjung bertuah menerima hadiah topi payung percuma dan pelbagai hadiah lain. Anda cuma perlu melengkapkan borang kajian kepuasan pelanggan PPj," katanya. - KitaReportersBagi peminat dim sum, jangan lepas peluang
mengunjungi Festival Budaya Putrajaya 2023.