Sukan Asia 2022: Penantian 41 tahun negara berakhir! Azeem Fahmi jaguh pelari ketiga terbaik di Asia!
Published byMuhammad Azeem Mohd. Fahmi pelari pecut 100m tiga terbaik di Asia. - Kredit foto: MSN
Penantian negara selama 41 tahun untuk melihat pemenang pada acara 100 meter (m) lelaki menaiki podium pada Sukan Asia akhirnya tercapai apabila Muhammad Azeem Mohd. Fahmi menohkatkan kemarau dengan kemenangan pingat gangsa pada 31 September 2023.
Kali terakhir Malaysia dapat pingat acara tersebut adalah pada tahun 1982 ketika Sukan Asia diadakan di New Delhi, India menerusi Rabuan Pit yang memenangi pingat emas pada acara tersebut.
Pelari pecut negara ini yang berkelana di luar negara ternyata berada di kelas tersendiri apabila mempamerkan larian begitu konsisten sejak dari awal saringan lagi.
Menyedari tentangan sengit dari pelari lain, Azeem tetap fokus dalam perlumbaan akhir dan berjaya memecut di 15 m terakhir untuk berada pada tiga kelompak teratas dengan catatan masa 10.11saat (s).
Atlet tuan rumah, Xie Zhenye paling pantas apabila sedikit jauh tinggalkan atlet-atlet lain dengan catatan masa 9.97s. Beliau turut mempertahan pingat emas yang dimenangi atlet China sebelum ini.
Pelari Thailand, Puripol Boonson pula meraih pingat perak dengan masa 10.02s.
Azeem akan turun lagi dalam acara 4x100m lepas ini dan diharapkan beliau berjaya membantu kuarter tersebut memenangi pingat. - KitaReporters