Bicara Seni| YKAT kena berubah! Cara sumbangan bantu artis! Jadi penyelaras artis terbiar, veteran!
Published byMisalnya pada tahun 2023 antara penerima sumbangan ialah pelakon Zulkifli Ismail dan penyanyi kumpulan BPR, Joey.
Namun cara YKAT memberi sumbangan dan mendapatkan dana perlu dikaji semula.
Tiada erti memberi sumbangan kepada artis yang sudah berusia 60 tahun, sedangkan sejumlah artis itu masih mencari rezeki dengan bergiat dalam bidang muzik atau lakonan.
Masih banyak insan seni yang hidup tidak selesa dan memerlukan bantuan. Merekalah yang patut dibantu oleh YKAT walaupun berusia di bawah 60 tahun.
Dengan semakin sukar mendapatkan tajaan, YKAT perlu mencari cara lain untuk mendapat sumber kewangan dan ia memerlukan kerjasama insan seni yang masih aktif.
Artis-artis yang mengambil bahagian perlu menganggap ia sebagai sumbangan amal dengan hanya menerima bayaran saguhati (token).
Artis-artis yang mengambil bahagian perlu menganggap memberi sumbangan amal terhadap rakan-rakan seni yang bermasalah dan dalam kesusahan.
YKAT juga perlu menjadi penyelaras bagi memberi peluang kepada arts-artis ‘terabai’ mendapat peluang berlakon dan menyanyi.
Ia akan memberi sumbangan besar terhadap artis-artis terabai berbanding dengan hanya memberi sumbangan RM1,000 sekali seumur hidup.
YKAT perlu menetapkan kadar bayaran minimum terhadap artis veteran untuk muncul dalam drama, filem atau pertunjukan pentas. Juga kadar bayaran istimewa jika seseorang artis veteran muncul sebagai pelakon undangan.
YKAT yang diasaskan oleh Datuk DJ Dave (Irwan Shah Abdullah) turut mempunyai 10 ahli Lembaga Pemegang Amanah berbilang kaum.
Mereka ialah DJ Dave, Datuk M Nasir, Datuk Nash, Datuk Yusof Haslam, Datuk Nancie Foo, Maj Jen Datuk Khairudin, Dr. Kanagarajan dan Colin Edmonds.
Manakala dua pemegang Amanah yang baru iailah Prof Emeritus Datuk Dr Ahmad Hj Zainuddin (Naib Canselor Univercity College Of Yayasan Pahang) dan Datuk Andrew Lim Tatt Keong (CEO Sogo). - KitaReporters