Sebuah kereta Perodua Axia, telefon bimbit, pakej percutian, televisyen, basikal, peralatan elektrik, hamper serta pelbagai hadiah menarik bernilai lebih RM70,000 untuk cabutan bertuah Larian Keluarga Malaysia (LKM) 2024 pada 29 September 2024 ini. 

Hadiah-hadiah tersebut termasuk kereta Perodua Axia 1.0 yang ditaja khas oleh pihak Perodua adalah khusus untuk para peserta LKM 2024. 

Justeru, Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) menyeru kepada orang ramai terutama para peminat sukan ini supaya mendaftar segera kerana tarikh tutup penyertaan semakin hampir iaitu pada 7 September 2024. 

Penyertaan terbuka kepada semua dan tidak terhad kepada warganegara Malaysia sahaja. 

Pendaftaran boleh dibuat melalui laman web https://www.ticket2u.com.my/event/36349/larian-keluarga-malaysia-2024

LKM 2024 merupakan larian amal bagi mengumpul dana untuk membantu anak-anak yatim dan yatim piatu yang hilang tempat bergantung akibat Pandemik COVID-19. 



YKM memerlukan dana sekurang-kurangnya RM5 juta setahun untuk memastikan kira-kira 1,000 anak yatim di bawah kendaliannya mendapat pendidikan yang sempurna dan memastikan kebajikan mereka terbela. 

Larian ini akan disertai Perdana Menteri ke-9 yang juga Pengerusi YKM, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Duta LKM, Khairy Jamaluddin. 

Turut sama, legenda-legenda sukan negara seperti pemenang pingat perak sukan Olimpik 2016, Goh Liu Ying; Jaguh Bina Badan Asia, Datuk Malek Nor; Datuk Zainal Abidin Hassan; Datuk Santokh Singh; Roslin Hashim; Datuk Marina Chin; dan Datuk Zaiton Othman. 

YKM turut menjemput semua menteri dan Ahli Parlimen, bekas anggota Kabinet Keluarga Malaysia dan Ketua Setiausaha Kementerian. 

Yayasan Kebajikan Atlet Negara (YAKEB) merupakan rakan strategik LKM 2024. 

Larian ini turut dikuasakan oleh Keluar Sekejap (KS) sebagai podcast rasmi, Hot FM sebagai radio rasmi, manakala Free Malaysia Today dan Sinar Harian sebagai media rasmi LKM 2024. 

Maklumat lanjut mengenai Yayasan Keluarga Malaysia boleh didapati di laman web https://yayasankeluargamalaysia.org.my atau hubungi talian 0322027493. - KitaReporters/Kenyataan Media


15
8
0
8
0

Copy Link: