Video| Jangan kecewa, putus asa! Nasihat Siti Nurhaliza kepada Sissy Imann! Inilah realiti dunia seni!
Published byPENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi nasihat kepada penyanyi baharu, Sissy Imann agar tidak terlalu kecewa dan putus asa selepas apa yang dirinya alami baru-baru ini.
Menurut Siti, inilah realiti dalam dunia industri seni tanah air yang penuh dengan cabaran apatah lagi jika menyertai pertandingan yang ada juri dan dibenarkan untuk mengkritik persembahan tersebut.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi tersohor Siti Nurhaliza
Kata Siti, setiap juri sudah pasti ada cara tersendiri dalam menegur cuma mungkin ia satu kejutan kepada Sissy atas apa yang berlaku kepada dirinya.
Sebagai peserta, sepatutnya mereka sudah menyediakan kekuatan mental dan fizikal apatah lagi jika sudah tahu yang menjurikan pertandingan itu mempunyai kritikan yang begitu lantang.
Tambah Siti, beliau sendiri menasihatkan kakak dan adiknya, Siti Sairah serta Siti Saida untuk bersedia segala kemungkinan bila sudah menyertai pertandingan ini.
Ambil yang positif dan terus baiki apa yang kurang kerana juri akan terus menjalankan kerja mereka.
Perkara itu ternyata menjadi pembakar semangat buat Siti Sairah serta Siti Saida apabila berjaya tampil dengan aksi begitu baik dalam dua minggu terakhir dan memecah rekod kutipan markah melebihi 72 peratus.
Isu menjadi panas ketika pertandingan Famili Duo 2 yang bersiaran di TV3 pada Ahad 22 Januari 2023 lalu, dan juri tetap, Mas Idayu telah memberi komen begitu pedas kepada pasangan duo, Naim Daniel dan Sissy Imann.
Ia telah menyebabkan menjadi viral dalam media sosial sehingga mendapat perhatian daripada warganet. - KitaReporters