Terbuka Malaysia 2023: Lee Zii Jia terkandas! Rebah pada pusingan pertama! Kecundang pada 2019, 2022!

Published by
KitaReporters


PEMAIN perseorang badminton negara, Lee Zii Jia mengalami kekalahan mengejut kepada lawan beliau dari Jepun, Kodai Naraoka dalam pertarungan tiga set 21-13, 17-21, 19-21 pada pusingan pertama kejohanan Terbuka Malaysia pada 11 Januari 2023. 

Bermain di hadapan penyokong sendiri ternyata tidak memberi kelebihan buat pemain yang berada di ranking kedua dunia ini dan ia merupakan permulaan yang kurang baik bagi jaguh badmiton negara ini. 


Lagi



Beberapa kesilapan mudah yang dilakukan Zii Jia berjaya memberi kelebihan sambil Narakoda pula terus mengambil kesempatan untuk menghukum beliau di hadpaan penyokong sendiri. 

Bagi peminat tanah air, kekalahan ini sudah pasti mengecewakan kerana ingin melihat pemain terbaik negara ini merangkul kejuaraan di bumi sendiri. 

Ini bukan kekalahan pertama pemain berusia 25 tahun ini sebaliknya beliau juga pernah alami nasib sama pada tahun 2019 dan 2022. 

Naraoka akan berhadapan seorang lain pemain muda negara, Ng Tze Yong pada pusingan kedua bagi merebut tempat ke pusingan seterusnya. 

Ini bukan tugas mudah untuk menundukkan pemain berada di ranking 7 dunia itu namun ia tidak mustahil kerana Tze Yong pernah mengejutkan beberapa lawan sebelum ini yang berada di ranking terbaik dunia. - KitaReporters


17
13
0
10
0

Copy Link: