Berita Terkini| Sultan Perak perkenan dana khas bantuan PKP! RM14.6j! Bantu golongan terkesan
Published bySultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenan dana khas bantuan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berjumlah RM14.6 juta bagi membantu ringankan beban rakyat di negeri berkenaan.
Yang
Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Datuk Seri Mohd
Annuar Zaini berkata, baginda menitahkan sejumlah RM10.9juta disalurkan sebagai
bantuan kecemasan kelangsungan hidup kepada rakyat yang hilang sumber pendapatan.
“Bantuan ini diagihkan kepada ketua isi rumah serta penerima bantuan kewangan bulanan MAIPk yang terjejas.
“Selain itu, dana khas berkenaan turut merangkumi pembiayaan berjumlah RM1.5j bagi bantuan pakej tablet dan data kepada pelajar tingkatan lima daripada keluarga fakir-miskin serta usahawan dalam kalangan asnaf untuk jalankan perniagaan secara dalam talian.
“Dana berjumlah RM606,000 disediakan MAIPk bagi tajaan peralatan rawatan dan perubatan yang diperlukan segera Jabatan Kesihatan Negeri Perak,” katanya dipetik oleh laporan Sinar Harian, 10 Jun 2021.
Tambah
beliau, dana khas berkenaan turut merangkumi pelbagai perkara lain lagi termasuk program
vaksinasi, keperluan kebajikan petugas-petugas barisan hadapan Covid-19 serta operasi
pusat jagaan anak yatim, rumah orang-orang tua dan warga emas Islam. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter