Bukan sekadar pekerjaan tapi komuniti! Biarpun tak kenal tapi semangat brotherhood itu mahal!
Published byDENGAN keadaan ekonomi tidak menentu ditambah pula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 menyebabkan ramai masyarakat yang terkesan dan berusaha sedaya upaya untuk mencari rezeki agar dapat meneruskan kehidupan walau apa pun caranya.
Melalui satu video yang dirakam oleh Fatin Nazira lalu dikongsi pula oleh pengguna Twitter, Penanam Anggur memperlihatkan masih ada orang berhati murni.
Dalam video itu menunjukkan semangat setia kawan dalam kalangan penghantar makanan FoodPanda apabila sanggup membantu penghantar makanan yang naiki basikal dengan cara menolak dari belakang untuk pastikan lebih cepat sampai.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penghantar makanan
Nampak mudah dan senang tapi tidak ramai akan bantu.
Perkara positif ini sudah pasti bagus dalam kalangan anak muda dan inilah yang dikatakan semangat brotherhood. Biar tak kenal tapi jika ada masalah, rakan yang lain pasti akan bantu.
Buat mereka yang melakukan penghantaran makanan, moga dipermudahkan dan jagalah sama keselamatan.
Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Ada yang sebak dan ada juga yang mendoakan agar mereka dimurahkan rezeki selalu. - KitaReporters