Syukur! My #QuranTime lakar sejarah! Catat 1.6 juta tontonan
Published bySyukur alhamdulillah... Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni ramai yang boleh baca Al-Quran kan? Ini semua inisiatif TV AlHijrah, stesen televisyen gaya hidup Islam pertama yang berjaya melakar sejarah dengan mencatat hampir 1.6 juta tontonan bagi program My #QuranTime di kaca televisyen sepanjang Ramadan 1441H. Terima kasih TV AlHijrah! : KitaReporters
Program yang dikendalikan oleh Ustaz Fazrul Ismail yang merupakan seorang pentadabbur Al-Quran itu disiarkan di dua platform dengan capaian melebihi 1.5 juta tontonan di platform televisyen dan lebih 10 juta tontonan dalam Facebook Live TV AlHijrah sepanjang disiarkan.
Malah, kejayaan ini adalah lebih baik berbanding
Ramadan tahun 2019 lalu.
PENTADBBUR dan Qari yang mengendalikan My #QuranTime. - Kredit foto: TV Hijrah
Rentetan daripada kejayaan yang cukup manis ini, TV
AlHijrah meneruskan kerjasama erat dengan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI)
dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan memikul tanggungjawab dan
amanat ummah untuk menyiarkan program My #QuranTime secara Live di Studio
Penyiaran Digital TV AlHijrah.
Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris
berkata, program My #QuranTime ini sangat dekat di hati dan berbeza dengan
rancangan-rancangan sedia ada.
USTAZ Tarmizi Abdul Rahman
“Selain daripada mengangkat kalam suci Allah sebagai
mukjizat teragung yang mendamaikan dan mengembalikan keharmonian global,
keistimewaan program ini turut terletak pada keupayaannya menghubung dan
menyimpul solidariti ummah,” ujarnya.
“Rancangan ini akan disiarkan bermula 8 Jun 2020, setiap hari jam 12 hingga 1 tengah hari.
"Ustaz Fazrul Ismail bersama dua qari iaitu Ustaz Ahmad Termizi Ali dan Ustaz Tarmizi Abdul Rahman akan membaca dan mentadabbur Al-Quran bermula dari halaman 1 hingga halaman terakhir iaitu halaman 604," kata Namanzee.
USTAZ Termizi Ali
My #QuranTime adalah versi terkini Malaysia #QuranTime yang telah diperbaiki, diperhalusi dan diperbaharui dengan formula terbaik yang lebih sempurna untuk dipersembahkan kepada penonton.
Katanya, dalam jangka masa tiga tahun ini, pihaknya turut bercadang untuk menganjurkan acara lapangan khusus bagi mempromosi My #QuranTime.
“Ini termasuk mengadakan rakaman di agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat dan swasta.
"Oleh yang demikian, kerjasama dari pihak-pihak korporat yang berminat untuk menaja amatlah dialu-alukan.” jelas Namanzee.
Sehubungan itu, TV AlHijrah menyeru seluruh penonton
untuk terus menjadikan stesen ini sebagai ladang ilmu tanpa sempadan.
Ini kerana kesemua rancangan terbitan stesen ini memberi penekanan terhadap pembinaan rohani dan sahsiah diri serta meningkatkan keimanan kepada Allah. - KitaReporters