Pinggan free? Yang penting apa dalam pinggan - Wawa Zainal!
Published bySIAPA yang tidak mengenali pasangan selebriti suami isteri, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel. Daripada bergelar pelakon, mereka kini sudah pun berjaya membina empayar perniagaan, namun percaya tak anda sekiranya mereka hidup dalam keadaan sederhana dan tidak bermegah dengan kemewahan waima pinggan mangkuk di rumah pun bukan berjenama mewah tetapi diperoleh percuma? : KitaReporters
Foto Kredit Instagram @aeril_zafrel.Memuat naik foto dua buah pinggan dalam Instagramnya yang dipercayai didapati secara percuma dengan pembelian produk ubat gigi, Wawa menulis: "kita tak ada pinggan mahal-mahal, pinggan viral pun tak ada… pinggan free je…”
Menurutnya, itulah pinggan yang digunakan sejak memula berkahwin dengan Aeril dan masih digunakan sampai sekarang.
Pemilik nama penuh Nur Hawa Zainal Abidin, 29, berpendapat bukan kemewahan perhiasan pinggan mangkuk yang menjadi ukuran tetapi apa yang dihidangkan kepada keluarga itu yang menjadi penguat ikatan kasih.
Memang betullah tu kan… ibarat kata pepatah, nak pikat suami perlulah ikat perutnya dahulu dengan masakan enak air tangan isteri?
Sebilangan besar daripada 3.6 juta pengikutnya yang sentiasa mengikuti perkembangan isteri pelakon Aeril Zafrel atau nama sebenarnya, Suhairil Sunari, 31, ini tidak terlepas peluang memberikan reaksi mereka sambil masing-masing pula memberitahu mempunyai pinggan seumpama di rumah.
Mendapat lebih daripada 56,000 tanda suka, ramai yang memuji Wawa atas sikap ‘low profile’nya itu malah seorang netizen yang bergelar @puan_seri_lela meletakkan komen ‘"pinggan macam ini lagi best kan… makan masuk mulut juga."
Mengimbas perjalanan kerjaya seninya, Wawa pernah membintangi drama dan filem selain meraih anugerah Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular BH 2012.
Karier lakonannya bagaimana pun semakin perlahan selepas berkahwin, namun ada hikmah di sebalik keputusan yang diambil memandangkan kini beliau lebih berjaya sebagai usahawan melalui perniagaan yang dikendalikan bersama Aeril.
Perniagaan Wawa Cosmetics sudahpun memiliki sebuah wisma tersendiri dengan hampir 200 kakitangan serta 1,000 resellers.
Wawa Zainal bersama Aeril Zafrel di hadapan wisma @wawacosmeticshq.
Sebelum itu, pasangan romantis ini menjalankan perniagaan dari rumah di mana selepas Wawa menerima tempahan melalui whatsApp, Aeril pula tukang menghantar barang ke pos laju.
Kredit foto Instagram @w4w4_zainal.
Dalam pada itu, terbaharu dilihat Wawa mempromosikan minuman pati ayam sebuah jenama tempatan untuk kekal sihat. Barangkali Wawa cuma mengambil tawaran sebagai jurucakap atau duta produk sahaja dan tidak lagi berlakon.
Wawa Zainal dan Aeril Zafrel berkahwin pada 2013 dan kini dikurniakan tiga cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 6; Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4; dan Aya Soffya (bersempena nama Masjid Biru di Istanbul, Turki) berusia 6 bulan. - KitaReporters