Demimu Insan Tadau! Dendangan Sumandak Sabah Velvet, Marsha!
Published bySELEPAS meraih perhatian menerusi lagu duet Sumandak Sabah dan Oi Gaman, kini Velvet Aduk dan Marsha Milan kembali dengan single baharu berjudul Insan Tadau. Duo yang merupakan anak jati Negeri Di Bawah Bayu itu telah memperdengarkan lagu gandingan mereka itu dalam saluran YouTube. : KitaReporters
Insan Tadau didendangkan dalam bahasa Dusun oleh Marsha dan Velvet. - Kredit foto: IG Velvet
Lagi cerita-cerita berkaitan Sabah:
https://kitareporters.com/search?search=sabah
Lagu berentak balada itu berkisar tentang cinta dan perasaan apabila kehilangan insan tersayang yang pasti dirasai kebanyakan orang.
Insan Tadau, ditulis 100 peratus dalam bahasa Dusun oleh Velvet. Menurut isteri kepada Rich, vokalis kumpulan Estranged itu, beliau meluahkan apa yang tersirat di hati ke dalam lirik lagu yang dihasilkan.
“Selagi kita bernyawa, pelbagai dugaan akan kita hadapi.
Segala permasaalahan yang ditanggung boleh memudaratkan jika kita pendam terus.
Cara terbaik adalah luahkan kepada orang terdekat atau coretkan dalam bentuk
catatan. Saya suka luahkan perasaan dengan menulis lirik lagu.
“Lagu ini tiada kaitan dengan situasi sekarang, namun sedikit sebanyak boleh dikaitkan juga. Contohnya dalam pandemik COVID-19, kita tidak nampak virus tersebut dan tiba-tiba orang kesayangan meninggalkan kita kerana dijangkiti virus tersebut.
"Perasaan kehilangan insan tersayang itulah yang cuba saya tonjolkan dalam lirik lagu Insan Tadau. Hargailah orang tersayang sebelum mereka hilang di sisi kita,” jelas Velvet.
Lagu Insan Tadau, merupakan luahan isi hati Velvet Aduk.
Bagi Marsha pula, tahun ini kehidupannya berubah dalam
pelbagai cara. Jelas Marsha, disebabkan pandemik COVID-19, beliau sentiasa bimbang
tentang keselamatan insan-insan kesayangan, terutama ibu bapanya.
“PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) yang
dilaksanakan menghalang saya untuk kembali ke Sabah bertemu dengan ibu bapa.
Saya dapat rasakan perasaan orang lain yang jauh daripada ibu bapa, bukan mudah
ya,” kata Marsha.
Disebabkan situasi sekarang, Velvet dan Marsha terpaksa
melakukan rakaman lagu ini secara berasingan, iaitu di Kota Kinabalu (Velvet)
dan Marsha di Kuala Lumpur.
“Bayangkan, saya rakam lagu bahasa Dusun tapi yang jaga proses rakaman di studio bukan orang Sabah, apa tah lagi berbangsa Dusun. Apa pun proses rakaman berjalan lancar,” jelas Marsha.
Marsha melakukan rakaman suara di Kuala Lumpur, Velvet pula di Kota Kinabalu.
Bagi Velvet pula, proses rakaman amat mencabar kerana
mereka yang menjalani rakaman berasingan, perlu memastikan vokal masing-masing setara
dan harmoni.
“Nasib baiklah sekarang ini ada pelbagai teknologi yang
boleh diguna untuk membuatkan kerja-kerja rakaman lebih mudah. Untuk itu saya
amat berterima kasih kerana akhirnya lagu baharu kami dapat dikeluarkan," katanya.
Bukan setakat rakaman yang dibuat secara berasingan, malahan penggambaran video muzik Insan Tadau juga dibuat secara virtual.
Sumandak Sabah yang dikenali ramai, Velvet dan Marsha.
Jelas Marsha, pihak pengurusan mereka berjaya mendapat
kerjasama daripada orang ramai untuk berkongsi klip video cerita masing-masing
untuk dimuat naik dalam video muzik lagu Insan Tadau.
“Kami amat menghargai dan berterima kasih kepada mereka yang mengambil bahagian dalam pembikinan video muzik ini,” katanya menghargai sokongan orang ramai. - KitaReportes