SETIAP yang berlaku pasti ada hikmah dan kini ternyata kebenaran itu terbukti apabila kira-kira 500 gelandangan yang selama ini terkontang-kanting tanpa arah tuju kini bakal mengubah kehidupan apabila ditawar pekerjaan selepas ini. : KitaReporters

APAKAH pemandangan ini selepas ini tiada lagi berikutan gelandangan akan ditawarkan pekerjaan dan ditempatkan di asrama khas? - Kredit foto: Astro Awani.


Golongan berkenaan akan ditawarkan bekerja di sektor perkilangan atau pekerja am bagi memastikan golongan itu tidak kembali merempat selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkara demikian disuarakan sendiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dalam Facebook Live Kementerian Wilayah Persekutuan, baru-baru ini.

GELANDANGAN yang diselamatkan di sekitar Kuala Lumpur ditempatkan di penempatan sementara. - Kredit foto: YoY Network.


Annuar berkata, perkara demikian telah dibincangkan dalam Pusat Pengurusan Krisis (CMC) dan beberapa syarikat sedia menawarkan peluang pekerjaan kepada golongan gelandangan berkenaan.

“Kini 800 gelandangan ditempatkan di penempatan sementara serta Anjung Singgah dan mereka bakal melalui proses saringan dan latihan jangka masa pendek,” katanya.

Menariknya mereka bakal menerima upah antara RM1,200 hingga RM1,400 sebulan.

Alhamdullilah… semoga kehidupan mereka lebih sempurna selepas ini.


KESEMUA mereka akan ditempatkan di asrama selepas mendapat pekerjaan dan tidak akan dilepaskan untuk bergelandangan lagi.


Beberapa syarikat dipercayai bersedia menerima mereka yang sesuai, sihat tubuh badan dan produktif dan ada 500 hingga 700 peluang pekerjaan termasuk operator pengeluaran di sekitar Lembah Klang.

Tawaran tersebut akan dimulakan sejurus selepas tamat PKP, namun bergantung kepada tempoh PKP sama ada dilanjutkan atau tamat.

Katanya, mereka akan ditempatkan di asrama dan tidak akan dilepaskan untuk bergelandangan lagi sebaliknya akan jalani latihan, saringan dan kesesuaian. - KitaReporters

8
3
0
0
0

Copy Link: