NIAT baik Nikita Mirzani memberi upah tambahan bagi meringgankan pendapatan pemandu ojek online atau budak penghantar makanan ke rumahnya, akhirnya menimbul keributan bila rumah artis itu diserbu berpuluh-puluh budak ojek dan orang ramai yang mahu meminta bantuannya. : KitaReporters

Nikita mengamuk dalam videonya. - Kredit foto: Gridmotor.Motorplus online.com


Ia mengundang kemarahan artis itu kerana perbuatan penduduk itu sudah mengganggu kehidupannya dan Nikita yang jelas tertekan turut menghamburkan kata-kata kesat yang disiarkan dalam video terbaru yang diviralkan 7 April 2020. 

Lebih 30 penduduk datang menunggu di depan rumahnya dengan harapan mendapat bantuan wang.

Mereka dikatakan menyerbu kediaman mewahnya, di Jakarta Selatan, Indonesia selepas seorang budak ojek mendakwa mendapat tips sehingga Rp1 Juta (RM400) dalam akaun sosial Twitternya. 

Sebelum itu, ketika berbual-bual dengan rakannya, Nikita mengeluarkan puluhan ribu rupiah wang untuk diberikan kepada lima budak ojek yang dipanggil membawa tempahan makanan. 

Mereka menerima wang upah itu yang dikatakan oleh Nikita tahan untuk makan selama 10 hari.


Budak ojek itu tidak menjangka menerima upah yang banyak kerana mereka memberitahu Nikita sejak wabak Covid-19, rata-rata hanya mendapat Rp100 rupiah hingga Rp200 dan ada ketika tidak ada langsung wang tips itu. Beberapa penerima wang  itu kelihatan menangis ketika Nikita menghulurkan wang itu sambil mereka berborak.

Sebaik disiarkan dalam Twitter salah seorang penerima wang itu, keadaan bertukar jadi kecoh dan penduduk miskin dan budak ojek mula berkumpul di depan kediaman artis itu, membuatkan Nikita rimas serta tertekan. 

Sebab itu dia terus merakam video  sambil`mengamuk` dan `mencemuh`orang berkumpul di depan rumahnya. 


Portal Motorgrid.Motorplus.com melaporkan, ibu tiga anak itu melepaskan geramnya dengan mencemuh dan "menghalau" penghuni yang berkumpul di rumahnya sambil mengugut melaporkan kepada polis. 

Video itu viral dalam Facebook dan Instagram.


"Astagfirullahaladzim, ini orang-orang pada kenapa sih ke kantor gini? Ampe banyak banget gini tiap hari. Please dong kalian kalau mau minta duit jangan sama gue. Gue nolong itu kalau mau nolong. Ya Allah Pak RT toloooong.

"Dengar semua ya. Yang tidak ada wang dan tiada pekerjaan. Lama-lama emosi saya terganggu dan tolong jangan berkumpul di sini kerana di sini bukan tempat tuan puan minta bantuan wang.

"Kalau saya mahu berikan bantuan wang, biar dari hati saya kerana saya mahu bantu secara ikhlas. Bukan perlu beramar-ramai berkumpul di depan rumah saya, sampai 30 orang lebih ini"


Ini kerana Nikita merasa keamanan rumahnya pun mulai terganggu dan terancam.

Bekas isteri Dipo Latief yang juga pelakon filem Nenek Gayung itu mengancam akan melaporkan pada polis bila ada yang masih nekad berkumpul depan rumahnya.

"Buat makluman sekalian, jika mahu datang dengan rombongan, sendirian atau bawa anak sekali, terpulang. Terserah saja. Jika kalian datang untuk minta derma, minta duit, mahu gadai barang sijil pajak gadai ke atau apapun sampai menangis. Saya tidak akan peduli.

"Saya akan lapor polisi. Kerana kamu sudah mengganggu keamanan dan keluarga saya. Paham! Saya bukan pemerintah. Kalau saya mahu bantu orang ramai kerana saya ikhlas dari hati dan janganlah ambil kesempatan untuk minta duit sama saya," katanya sambil menjerit marah.

Tak berhenti sampai di situ, setelah emosinya mereda, Nikita kembali membuat penjelasan dan menegaskan kembali soal wang bantuan yang diberikan sebelum itu.

Sambil berborak Nikita hulur duit. - Kredit gambar: Otosia.com


Bikin Salut, Nikita Mirzani Bantu Driver Ojol, Berikan Uang Rp 1 ...

Nah sedikit duit untuk upahnya pak. - Kredit gambar: medan.tribunenews.com


Manakala di Malaysia lain pula ceritanya apabila sekali lagi Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai DIva AA memaki hamun artis yang meminta bantuan kerajaan dengan memberi komen caci maki dan mulutnya tak putus-putus menghamburkan kata-kata lucah. 

Dalam video yang dimuat naik pada 9 April 2020, Azwan yang biasa dengan mulut `beracunnya` kali ini membalas komen artis senior yang mengecam netizen yang makan ikan kering dikatakan berdengki dengan mereka makan daging

Ini, ekoran laporan akhbar bahawa Persatuan Seniman mewakili artis tempatan yang terjejas kerja memohon bantuan di bawah pakej prihatin daripada kerajaan. 


Dalam satu paparan dalam Facebook oleh Sur Kikky, kali ini Azwan lebih banyak menyokong netizen yang disindir oleh seorang artis yang menyifatkan netizen yang selama ini makan ikan kering, janganlah cuba dok berlagak berdengki dengan mereka yang sedang enak makan daging.

Beraksi dalam kereta, macam biasalah Azwan penuh bersemangat menggelarkan artis terbabit dalam video yang baru itu kemudian diviralkan dalam FB sebagai artis bangsat, retis `sangkak` negara yang kerjanya menggelumpur penuh sesak viral dalam Facebook.

Sebelum itu, pergaduhan itu berlaku apabila seorang artis tempatan Zarina Anjoulie @Anju yang mengkritik artis tempatan yang berlagak  kaya dengan mempamerkan harta mewah, tetapi memohon bantuan kerajaan apabila tiada kerja selepas wabal Covid-19 itu melanda negara.

Buat group semata2 nak jatuhkan aku..." - Anju 'panas hati' jadi ...

Anju Zarina. - Kredit foto: Oh mymedia.cc


Sebelum ini, dilaporkan Persatuan Seniman meminta bantuan sara diri sehingga RM3,000 sebulan selama enam bulan sedangkan kerajaan hanya memberikan bantuan antara RM500 hingga RM1,600 mengikut katogeri.

Selain mencarut Azwan turut memperli artis senior yang dikatakan muka dah mereput, pandai menyalak saja kerjanya dan sanggup pula mengecam netizen yang selama ini menyokongnya, seperti lembu dicocok hindung.

"Dah artis sampah kau orang ini siap mengata orang tu, orang ni. Saling menganjing satu sama lain," kata Azwan yang kalau dengar kecaman dan cacian, boleh ` bernanah` telinga artis yang terkena tempiasnya.

Tetapi kali ni banyak nama artis yang dicemuhnya disensor untuk menggelakkan daripada dia terus disaman oleh artis terbabit. Sebutan lahanat dan babi macam bertih dari mulutnya.

Seronoknya dia mengkelaskan artis itu yang dikatakan oleh netizen sebagai artis sampah. Artis yang berlagak makan daging itu, terus `dilanyak` oleh Azwan sebagai artis makan babi.

"Engkaupun tiada kerja bertahun-tahun, merempat usah berbangga kecam netizen yang makan ikan kering," katanya.

DIVA AA Fined RM17k For Underestimating Hospital Staff in YouTube ...

Azwan Ali @ Diva AA


Mengulas seorang pelawak (mungkin Man Raja Lawak) yang menderma dengan menjual dua kereta mewahnya, Diva AA turut mengingatkan dia supaya buat simpanan masa tuanya. 

Jangan ingat dengan lawak bodoknya itu dia mampu bertahan sampai usia tua, katanya.

"Janganlah tunjuk baik sangat, agak-agaklah, kau tu bukan jutawan pon. Bila kau sakit siapa yang hendak tolong." katanya.

Menjawab kecaman pelakon senior yang terkenal dengan mulut celuparnya, Azwan cukup marah apabila artis ini tidak menghargai sokongan netizen dari muda sehingga tua, kemudian caci dan hina netizen. 

"Sedapnya mulut kau mengatakan netizen ini macam lembut bodoh, dicocok hidung. Kau tu legen, ingatkan sikit sapa yang sokong kau." tegasnya.

Sekarang dia ada dengar sosek-sosek netizen sedang memboikot drama bodohnya dan yang melihatnya adalah lembu dan bangsat.

Sekali lagi dia turut mengecam seorang lagi artis yang disebutnya sebagai gemuk macam babi.

Berbalik kepada kritikan orang Azwan sudah tidak ada kerja lagi, dia berkata, dia sebenarnya sangat gembira kerana pada saat orang mengecamnya, rezeki dia berkepok-kepok masuk sampai tak tahu nok buat apa dengan duitnya. 

Biarpun tiada job, dia akui kaya raya tidak perlu mengemis dengan kerajaan, sambil melontarkan duit di muka meja keretanya. - KitaReporters

1
1
0
0
2

Copy Link: