DEMI CINTAMU, KU REDAH JUA 'ROADBLOCK' PKP!!

Published by
KitaReporters

Benarlah orang kata, cinta itu buta. Bila mana kita sudah mula menyayangi seseorang itu, kita sanggup lakukan apa sahaja demi cintai hati kita. Seperti kata jiwang dahulu, lautan api sanggup ku renangi, namun pada tempoh PKP ini, seperti sudah ada ungkapan jiwang baharu iaitu, demi sekatan jalan raya atau 'roadblock' sanggup ku lalui demi cintaiku pada dirimu. : KitaReporters

Mereka yang pernah disoal oleh polis. - Kredit gambar kepada Mohd Sailli. 


Kisah ini terjadi pada Khamis, 16 April 2020 apabila seorang remaja berusia 17 tahun ditahan oleh pihak polis atas kesalahan telah melanggar Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dan telah didakwa di Mahkamah Majistret

Menerusi ciapan Zaki Shah, kebiasaannya, mereka yang ditahan memberi pelbagai alasan termasuk menipu pihak polis demi melepaskan diri dari sekatan jalan raya, namun tidak bagi lelaki ini apabila dengan yakin menjawab bahawa beliau ingin menghantar makanan kepada kekasih hatinya.

Malah beliau juga menjawab soalan Hakim mengenai perhubungan mereka dengan menyatakan bahawa mereka sudah 'couple' selama 2 tahun, 6 bulan, 14 hari

Jawapan ini membuatkan ramai orang tergelak termasuk hakim majistret.

Setelah soal siasat, akhirnya pihak mahkamah mengambil keputusan dengan mereman beliau selama 2 hari atas kesalahan yang dilakukan


Ciapan Zaki Shah ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada ramai netizen.

Ciapan tersebut telah mendapat ribuan retweet dan tanda suka. 





Namun begitu, di sebalik kisah ini, jika dipandang dari sudut positif, ia menunjukkan sikap prihatin seorang lelaki terhadap pasangan kekasihnya dan mungkin, keluarga pihak perempuan sememangnya sedang memerlukan makanan ketika itu.

Moga sikap bertanggungjawab dan prihatin ini akan dikekalkan bersama pihak perempuan.

Jadikanlah kisah anda sebagai memori paling indah agar bila diingat kembali pada saat berada di atas jinjang pelamin nanti, akan membuat anda tersenyum. - KitaReporters

4
6
0
2
0

Copy Link: