Mayat Cedeno dibawa membonceng motor kapcai. - Kredit foto: Video FB  Uraniotv.pe


SEKUMPULAN lelaki mengeluarkan satu mayat dari sebuah keranda lalu dibonceng mayat itu menggunakan motosikal kapcai dengan diapit dua orang dan kemudian dibawa keliling bandar Protoviejo, Wilayah Manabi, Ecuador sebelum dibawa ke tempat pengebumian.

Insiden luar biasa ini terakam dalam FaceBook @Uraniotv.pe lalu tersebar dalam  media sosial.

Jasad lelaki itu bernama Erick Cedeno, 21 tahun. Dipetik dari laporan Dailymail pada Selasa, 7 Disember 2021), Erick Cedeno mati ditembak dua lelaki tidak dikenali minggu lalu ketika menghadiri satu upacara pengebumian.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pengebumian


Kematiannya menyebabkan kedukaan mendalam keluarganya. Ketika jasadnya berada di jalan raya untuk proses pengebumian,

sekumpulan rakan Cadeno tiba-tiba muncul dan melakukan perkara yang di luar dugaan.

Mereka menahan kenderaan yang membawa mayat Cadeno dan membuka peti mayatnya dan membawa mayat Cadeno ke atas sebuah motosikal. Sebuah motosikal kapcai menunggu sementara mayat Cadeno dibawa ke atas sebuah motor dan dihimpit seorang pembonceng di belakang.

Mayat Cadeno seakan-akan hidup dibuat sedemikian. Motor itu berlalu dan membawa mayat Cadeno ke tempat pengebumian. 



Dilaporkan oleh laporan La Republica, aksi ini mendapat persetujuan  pihak keluarga. Rakan-rakan Cedeno ingin memberikan penghormatan terakhir dengan cara mereka.

Diketahui Cedeno baharu kembali rapat dengan teman-temannya. Ini  kerana baru sebulan Cedeno dibebaskan dari penjara kerana terlibat dalam  perdagangan dadah.

Tiada penangkapan dilakukan oleh pihak berwajib  kerana tiada laporan diterima dan pihak keluarga merestui aksi itu. - KitaReporters

15
15
1
13
0

Copy Link: