Keluarga Malaysia: POLIMAS bantu mangsa banjir! 31 pelajar, 10 pensyarah sertai misi di Pahang!
Published bySERAMAI 31 pelajar dan sepuluh pensyarah Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah, baru-baru ini menyertai misi untuk membantu mangsa banjir di Bentong, Pahang.
Penyelaras Program, Mohamad Zaki Othman berkata, misi membersihkan rumah kediaman di daerah itu diadakan dengan kerjasama Kolej Komuniti Bentong.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan misi bantuan banjir
Katanya, misi yang dianggotai pelajar dan pensyarah bersama penduduk yang terkesan akibat banjir itu bersepakat untuk meringankan masalah penduduk dengan membantu membersihkan rumah dan kawasan sekitarnya.
Mohd Zaki berkata, sebagai langkah awal mereka telah menghantar skuad peninjau untuk mengenal pasti lokasi yang terjejas di daerah itu sebelum menggerakkan sukarelawan dari Polimas ke kawasan itu.
Semoga bantuan yang diberikan bukan sahaja dapat meringankan beban penduduk malah dapat memberi pengalaman dan melihat sendiri keadaan sebenar banjir yang telah berlaku.
Dalam pada itu Pegawai Hal Ehwal Disiplin dan Kebajikan Pelajar, Abdul Rahman Ahmad yang turut bersama dalam misi kali ini berkata, Polimas juga telah melancarkan Tabung Misi Bantuan Mangsa Banjir bagi mengumpul dana kewangan dan sumbangan keperluan asas, air mineral serta makanan ringan daripada warga politeknik bagi membantu meringankan beban mangsa. - KitaReporters
Pasukan sukarelawan bersedia untuk menyertai operasi pembersihan.
Penyertaan pelajar dalam operasi pembersihan selepas banjir.