Video| Shidee tak marah dikata pancit oleh DSV! Serah pada takdir tentukan kedudukan dalam GV8!
Published by/
PENYANYI veteran Shidee, 62, tidak tersinggung apabila dikatakan ‘pancit’ oleh ahli perniagaan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) dan dianggap sengaja disimpan oleh pihak Astro Ria untuk strategi tertentu.
Dalam laman Instagramnya, DSV memberi komen bahawa bukan kumpulan Sa.Ya yang patutnya tersingkir pada peringkat suku akhir, sepatutnya Shidee.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan DS Vida
DSV mempertikaikan kenapa Shidee boleh diselamatkan sedangkan dia 'pancit ketik membuat perembahan.
Shidee mengikut trend keputusan penonton GV8, bakal tersingkir pada peringkat separuh akhir nanti.
/
Shidee tenang menerima kritikan pedas DSV, namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus memperlihatkan kelebihannya dan bertahan dalam GV8.
Baginya dipilih untuk menyertai adalah satu penghormatan kepada dirinya yang sudah lebih 30 tahun menjadi penyanyi dan artis rakaman. Dan sebagai peserta sudah pasti ingin mendapat kedudukan terbaik.
Bagi menyampaikan lagu ‘Di Ambang Sore’ Shidee tidak tidur selama dua hari sebelum pertandingan. Ia berlaku tanpa dirancang.
"Itu pendapat dari hati dia. Saya tidak marah dan tidak ada sebarang masalah. Saya terima dengan hati terbuka kerana saya sendiri tidak tahu kedudukan saya selepas ini.
Jika ditakdir dirinya yang akan tersingkir dalam peringkat separuh akhir, Shidee reda dan jika berjaya melangkah ke peringkat akhir ia merupakan satu bonus.
Shidee atau nama sebenarnya Rashid Abdul Wahab kelihatan lebih muda dan segak dalam usia sudah 62 tahun.
Shidee dari Bagan Datoh, Perak diterima menjadi artis rakaman dengan SRC pada tahun 1987 dan meledak dengan album pertama terbitan Datuk Ahmad Nawab dengan lagu ‘hit’nya ‘Sayang Semuanya Sudah Terlambat’ ciptaan Datuk Ahmad Nawab/ Juwie.
Bapa kepada empat cahaya mata ini masih menyanyi jika menerima undangan. - KitaReporters