Cercita sikit! Lawan pemain lokal M3 Budak Rumah Murah! JDT turunkan pemain import, naturalisasi!
Published byPEMAIN utama dari pasukan Budak Rumah Murah (BRM), Azmeer Yusoff akur dengan kekalahan besar dalam perlawanan Piala FA namum beliau menyifatkan sepatutnya ini masa terbaik untuk menurunkan pemain tempatan ketika berdepan pasukan dari Liga M3.
Tambahnya, agak tidak adil apabila pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menurunkan pemain import dan naturalisasi ketika berdepan pasukan yang serba kekurangan pengalaman ini dan apatah lagi kesemua pemain BRM ini adalah pemain tempatan.
Lagi cerita-cerita menarik
Kredit foto: FB JDT
Namum beliau tetap akur dengan keputusan 0-10 kerana itu sebahagian daripada cara taktikal daripada jurulatih JDT.
Pasukan terbaik di Malaysia lawan pasukan dari liga bawahan tapi turunkan pemain terbaik dan keputusan kekalahan besar itu bukan sesuatu yang mengejutkan.
Bagi Azmeer, peminat perlu realistik dengan keputusan tersebut kerana perbezaan antara kedua-kedua pasukan ini sangat besar terutama dari segi perbelanjaan di mana pasukan JDT hampir jutaan ringgit setahun, manakala pasukan BRM pula sekadar ratusan ribu sahaja.
Setiap pemain BRM sudah beri yang terbaik dan dapat bermain di Stadium Sultan Ibrahim juga adalah satu rahmat untuk pasukan BRM.
Beliau berkata demikian dalam akaun Tiktok miliknya bagi menjawab soalan daripada seorang peminat yang seakan-akan memperli pasukannya kalah dengan JDT.
Dalam perlawanan Piala FA pusingan kedua, tuan rumah berpesta gol dengan jaringan 10-0 mengatasi wakil dari Perak, BRM itu. - KitaReporters