Anzalna dan suami (atas sekali) dan Elfira dan suami bersama buah hati masing-masing.

Dua pelakon yang melahirkan bayi kedua pada hari yang sama iaitu Jumaat 20 Mei 2022 lalu, Anzalna Nasir, 34, dan Elfira Loy, 28, mengumumkan nama anak-anak mereka pada Jumaat, 27 Mei 2022 dalam Iaman sosial masing-masing. 

Pelakon dan pasangan memilih hari ketujuh untuk mendedahkan wajah dan nama anak kerana mahu mengikut sunah Nabi SAW.

Mohamad Emirhan Mohamad Hanif ialah nama anak Anzalna dan suami, sementara Nur Aria Mikayla Muhamad Faris pula nama bagi anak Elfira Loy dan pasangan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kelahiran anak


"Sebagaimana sunah Nabi SAW, setelah cukup tujuh hari, kami ingin mengumumkan selepas ditahnik, anak lelaki tercinta dinamakan Mohamad Emirhan Mohamad Hanif yang bermaksud 'Princely Ruler'.

"Alhamdulillah, semoga membesar menjadi anak yang soleh, berbudi pekerti mulia, pintar, berjaya dunia dan akhirat. Amin," demikian tulis pelakon Anzalna Nasir dan suami dalam Instagram masing-masing.




Anzalna yang melahirkan anak lelakinya pada tanggal 20 Mei 2022 lalu melalui kaedah pembedahan, enggan mendedahkan jantina bayi kerana ingin memberikan kejutan kepada ahli keluarga yang sedang bercuti di Eropah.

Mengikut perancangan, keluarga sepatutnya menemaninya di hospital kerana dijangka bersalin pada 31 Mei ini, namun, ketika membuat pemeriksaan, Anzalna dimaklumkan bayinya sudah bersedia untuk keluar.

Menyifatkan proses kelahiran Mohamad Emirhan lebih tenang kerana berpengalaman melahirkan anak sulung, Anzalna mendedahkan, dia terkejut bayi kedua keluar 12 hari lebih awal.

Anzalna dan usahawan, Mohamad Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada 2016 dan dikurniakan cahaya mata sulung Mohamad Eidrees yang kini berusia 2 tahun.



Sementara itu, Elfira dan suami siap mewujudkan laman Instagram untuk si kecil dinamakan @nurariamikayla. Setakat ini ia hanya mengandungi dua gambar. 

"Bismillahi Masha-Allah, On May 20th, we were blessed with the arrival of our baby princess. Assalamualikum ya Nur Aria Mikayla Muhamad Faris✨," tulis pelakon Elfira Loy yang berkongsi wajah dan nama penuh anak keduanya menerusi laman Instagram miliknya.

Memuat naik foto wajah penuh bayi perempuannya dalam laman Instagram pada Jumaat, 27 Mei 202, pelakon berusia 28 tahun ini turut meluahkan rasa syukur dengan kehadiran puteri kesayangannya yang diberi nama 'Nur Aria Mikayla'.



Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri juga mengharapkan semua orang dapat mendoakan yang baik-baik untuk anak perempuannya itu.

"Doa adalah penguat setiap harapan. Doakan puteri kami menjadi antara pemudi solehah yang diberikan kerahmatan berpanjangan, kasih sayang yang tidak henti, tidak putus rezeki di dunia & di akhiratnya lagi dihiasi dengan kilauan kebaikan budi dan ketinggian pekerti," katanya.


Elfira dan suami sudah mewujudkan laman Instagram untuk si kecil. - Kredit foto: IG firaloy

Dalam ruangan komen, ramai peminat termasuk rakan-rakan artis memberi ucapan tahniah serta memuji wajah comel anak kedua Elfira dan suaminya Muhammad Faris.

Elfira dan Faris mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019. Pasangan ini sudah mempunyai cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Rayyan Khalaf kini berusia dua tahun. - KitaReporters


8
19
0
18
0

Copy Link: