Neelofa sentiasa diberi perhatian masyarakat akan perkembangannya.

SELEBRITI popular, Noor Neelofa Mohd Noor, 33, lebih dikenali sebagai Neelofa selamat melahirkan anak lelaki sulung  pada Sabtu, 29 Januari 2021 jam 3.44 petang di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur. 

Perkara itu diumum oleh suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail, 27, yang dikenali sebagai PU Riz, menerusi satu kenyataan media pada hari ini, Isnin, 31 Januari 2022.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan usahawan wanita



“Assalamualaikum. Alhamdulillah. Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya, isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor telah selamat melahirkan putera sulung kami pada 29 Januari 2022 pukul 3.44 petang.

“Syukur alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga.

PU Riz akhirnya membuat kenyataan media kelahiran anak sulungnya bersama Neelofa.


“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua. Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata,” katanya.

Tambah Haris, dia turut memohon agar semua menitipkan doa bagi kesejahteraan isteri dan anaknya.

“Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara,” tambahnya.

Anak lelaki itu diberikan nama Muhammad Bilal Muhammad Haris.



Sementara itu laman sosial Neelofa dibanjiri ribuan ucapan tahniah daripada peminat yang mendoakan kesejahteraan ibu dan anak. 

Berita gembira ini turut menjadi bahan berita di Singapura. Akhbar Berita Harian Singapura Online turut menyiarkan berita dalam tajuk, ‘Neelofa selamat bersalin putera sulung, pilih nama Muhammad Bilal’.



Neelofa dan Haris bernikah pada 27 Mac 2021 di Kuala Lumpur.  

Berita mengenai kehamilan Neeofa hangat diperkatakan umum sejak Julai 2021 lalu, namun selebriti yang juga ahli perniagaan berjaya ini kekal dengan pendirian untuk tidak berkongsi lanjut mengenai status kandungannya sehinggalah perkara itu dikongsikan baru-baru ini dalam sebuah majlis pelancaran produk baharu keluarannya.

Kehadiran Neelofa yang sarat mengandung pada majlis resepsi adiknya pada minggu lalu iatu seminggu sebelum kelahiran menarik perhatian media.

Kerana cukup berahsia, berita persalinan Neelofa tidak dapat dihidu oleh pihak media. 

Pihak keluarga dapat menyimpan berita itu, malah tidak dibocorkan oleh kakitangan pihak hospital sehingga PU Riz membuat kenyataan media setelah lebih sehari dilahirkan. - KitaReporters


16
12
0
14
0

Copy Link: