BORING dah ke duduk terkurung dalam rumah? Sudah lebih 10 hari, mahu tak  boringnya kan? Nak jalan-jalan dan bermain di luar tidak boleh. Perintah kerajaan untuk kebaikan semua. Duduklah di rumah! Matlamatnya nak memutuskan rantaian jangkitan Covid-19, usaha untuk mengekang penularan wabak itu. : KitaReporters 

Permainan dalaman digital. Game Ejen  - Ali. Kredit Foto - Otakit


Ingatkan dua minggu dah boleh bebas. Apa?? Kena sambung lagi dua minggu!  

Pasti semua garuk kepala, apa nak dikatakan, dah itu takdirnya kita. 

Bagi mengelakkan bosan sewaktu duduk terkurung di rumah, fikirkan apa boleh dibuat untuk menghilangkan kebosanan. 

Bermain memanglah tiada manfaat tapi sekurangnya boleh menghilangkan kebosanan. Budak-budak, apa kata main indoor game untuk hiburkan hati.

Kalau ada komputer, bolehlah main game digital. Telefon bimbit pula, tak ada seorang satu. 

Jadi tunggulah giliran nak main di komputer. Seorang main, tiga lagi menunggu, Yang seorang duk main, tak nak bangun-bangun. 

Datang emak, nak selesaikan kerjanya, emaklah yang menang. Anak-anak kena mengalah. 

Apa kata beralih kepada permainan lain.


Di sini penulis nak sarankan permainan tradisional, mungkin asing bagi budak-budak bandar, bahkan budak kampung pun sekarang ni tak kenal dengan permainan ini

Kalau pernah dengar pun mungkin tak tahu cara bermain.

Sebut pasal ini teringatlah zaman kami kanak-kanak tahun 70-an, congkak, batu seremban, lawan tiup getah, dam aji. Seronoknya.

CONGKAK

Alat permainan (papan) congkak. Kredit Foto - MelayuBangkitNews


Pada awal-awal dulu, orang bermain congkak di bawah rumah. Rumah kampung dulu berlantai tinggi, melepasi paras kepala. 

Bawah rumah adalah tempat selamat untuk kanak-kanak bermain. Tempat bermain congkak pada masa itu adalah di tanah yang digali lubang.

Bagi congkak lima lubang, 10 lubang kecil di gali secara paralel, 5 di atas dan 5 di bawah dengan satu lubang `rumah` di kiri dan kanan. 

Kalau congkak tujuh lubang - tujuh lubang kecil digali, dua baris selari, menjadi 14 lubang kecil kesemuanya dengan lubang `rumah` di kiri dan kanan. 

Lubang besar di hujung kiri dan kanan itu disebut 'rumah`,  manakala lubang kecil dua deret diapit lubang rumah itu dipanggil kampung.

Kredit foto: https://yanieyusuf.com/


Zaman berlalu, orang tidak lagi bermain congkak di tanah apabila papan congkak kayu diperkenalkan. 

Apabila bahan kayu semakin mahal, diperkenalkan pula papan congkak plastik. Kalau ada papan congkak dan guli, bolehlah bermain congkak.

Kalau tak ada, kenalah kreatif sikit cari 10 mangkuk, susun lima bijii sederet dalam dua barisan. Mangkuk kecil adalah kampung dan mangkuk besar di kiri dan kanan sebagai rumah. 

Susah-susah, order je papan congkak secara dalam talian. Pesan hari ini, esok lusa dapatlah. Bukannya mahal pun. Papan congkak plastik dalam harga puluhan ringgit saja. 

Satu papan congkak boleh bermain dua orang.

Pada awal-awal dulu, buah congkak menggunakan biji getah. Kemudian digantikan batu sungai ,diikuti guli. 

Kalau tidak ada buah, boleh buat buah congkak daripada kekacang atau beras seperti buah batu seremban yang terkini.

Congkak, ada yang 5 lubang dan 7 lubang. Congkak lima lubang memerlukan 5 buah untuk setiap satu lubang, Kalau 7 lubang,  7 buah di setiap satu lubang. Lubang rumah dibiarkan kosong.

Cara bermain congkak tujuh lubang. Kredit video - Khairul Khairul


Cara bermain mudah saja. Permainan ini memerlukan dua orang untuk bermaiin.  Angkat tangan, Oh Som untuk menentukan siapa yang akan mula  dulu. 

Langkah bermain congkak :

1. Dua orang duduk mengadap papan congkak. 

2. Mulai dengan mengambil guli di lubang sebelah anda. Ambik semua guli dari mana-mana lubang di sebelah anda dan mainlah dengan meletak guli sebutir-sebutir di dalam setiap lubang, termasuk lubang (rumah) sendiri. Pergerakan permainan mengisi lubang dengan buah congkak, adalah dari kanan ke kiri.

BATU SEREMBAN

Cara bermain batu seremban. Kredit Video - ih3Artmalaysia


Batu seremban juga menggunakan buah sebanyak 5 atau 7 biji. 

Pada masa  dulu, batu seremban menggunakan batu sungai. Kalau tak ada batu buatlah buah daripada kain. Kalau susah, pergi kutip anak batu kerikil di luar rumah.

Batu seremban ini boleh bermain seorang diri, tidak perlulah berlawan dengan sesiapa.

Cara bermain Batu Seremban - 5 biji batu

Timbang batu sebagai permulaan seperti yang ditunjukkan. 

Kemudian taburkan 5 biji batu. Satu batu diguna untuk dilambung.

1. Lambung  dan kutip satu persatu batu - maksud 4 kali kutip. 

2. Lambung dan kutip 2  batu sekali gus, Dan ulang sekali lagi dengan 2 batu lagi - maksud 2x kutip dua biji batu.  

3. Lambung dan kutip 1 batu diikuti kutip 3  batu.

4. Lambung dan kutip  4 batu sekaligus

5. Lambung dan cicirkan batu seperti ditunjukkan diikuti lambung timbang 2 tangan.

6  King. - KitaReporters

2
0
0
0
0

Copy Link: