Berhenti jadi guru kerana madu! Ashari usahakan madu kelulut!
Published byTIDAK ramai penjawat awam yang sanggup meninggalkan kerjaya yang disandangnya berpuluh-puluh tahun yang memberi pendapatan lumayan untuk menyara hidup keluarga dan senang lenang kerana cukup bulan gaji pasti dapat walaupun tidak bekerja. Namun tidak semua berfikiran sedemikian kerana masing-masing ada prinsip dan peluang yang lebih cerah selain minat dalam bidang tertentu yang di luar daripada kerjaya asal. : KitaReporters
Pelajar yang mengikuti kursus ternakan kelulut di Kampung Kelulut Tok Dor milik Cikgu Ashari
Ashari Awang, 60, dari Kampung Tok Dor, Jertih, Terengganu, tidak menyesal meninggalkan jawatan dalam kerajaan. sebaliknya nekad ingin bertukar kerjaya dengan menyertai bidang baharu sebagai penternak madu kelulut.
Selepas hampir separuh usianya berkhidmat sebagai seorang pendidik, dia rela meletak jawatan kerana berminat dalam bidang ternakan madu kelulut.
Antara produk berasaskan madu kelulut yang dihasilkan dari Kampung Kelulut Tok Dor
Katanya, siapa tidak sayang dengan jawatan berkenaan kerana ia dapat membina anak bangsa.
Tetapi kerana minat yang mendalam untuk menjadi penternak dia terpaksa membuat keputusan meninggalkan kerjaya sebagai pendidik, tambahnya.
Dia
mengambil keputusan untuk bersara sebagai guru pada 2011 dan menceburi dalam
bidang ternakan madu kelulut yang menjadi impian sebelum dia bersara.
Bermodalkan RM3,000, beliau memulakan ternakan berkenaan di kawasan seluas lima hektar dengan kapasiti muatan 500 sarang.
Kotak diperbuat daripada kayu untuk dijadikan sarang lebah kelulut
“Saya memilih untuk menjadi penternak madu kelulut kerana tidak ramai yang sanggup bergelombang dengan serangga spesies berkenaan selain banyak risiko,” katanya.
Beliau yang lebih mesra dipanggil Cikgu Ashari berkata, beliau sebenarnya mendapat bimbingan dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan mengikuti kursus ternakan kelulut sebelum menceburi sepenuh masa dalam ternakan lebahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh kelulut.
Sarang kelulut yang mengandungi madu asli
“Alhamdulilah selepas menimba pengalaman dari UMT dan juga mengikuti kursus dengan agensi lain termasuk pihak swasta, saya memberanikan diri menyertai bidang berkenaan,” katanya.
Kini perusahaannya yang dikenali dengan Kampung Kelulut Tok Dor bukan sahaja mengeluarkan pelbagai produk hasil daripada kelulut, malah dijadikan pusat latihan bagi penternak lain yang datang dari seluruh negara.
Sabun yang diperbuat daripada madu kelulut
Katanya, ada lima spesies ternama menjadi pilihan di perkampungan kelulut miliknya, yang mampu memberi khasiat yang berbeza kepada pengguna.
“Khasiat madu kelulut serta pengambilannya sebagai
makanan kesihatan tambahan sememangnya tidak disangkal lagi,” katanya.
Beliau berkata, kandungan antioksidan dan manfaat vitamin C yang terdapat dalam madu kelulut juga baik untuk mengatasi flu (selesema) dan demam kerana fungsi vitamin tersebut sebagai pengoptimum sistem imun dalam tubuh.
Tunggul kayu berharga RM1,000 yang dijadikan sarang kelulut
Malah, katanya, ketika wabak COVID-19 yang sedang melanda negara ia menjadi pilihan pengemar madu kelulut kerana ia sebagai sumber vitamin C semula jadi bagi meningkatkan ketahanan tubuh badan termasuklah dalam aspek pencegahan.
Katanya, kelebihan madu kelulut yang mengandungi khasiat tiga kali ganda berbanding madu biasa lebih berkesan walaupun sifatnya kurang pekat.
Menurut beliau, sistem imun seseorang sebenarnya bergantung bagaimana individu tersebut menjaga kesihatannya, justeru salah satu cara untuk mengoptimumkan kekebalan tubuh adalah dengan mengambil makanan yang merupakan sumber antioksidan dan vitamin penting.
“Hanya 30 minit selepas diambil madu
ini akan berada pada darah dalam tubuh kita. Ia pantas diserap oleh badan.
“Pengambilan madu kelulut setiap hari
menjadikan seseorang tidak mudah letih kerana kandungan antioksidan lebih
tinggi berbanding madu lebah biasa, sekali gus membantu mencegah sesuatu
penyakit,” katanya.
Antara kelulut yang mampu menghasilkan madu berkualiti adalah daripada spesies troracica, itama, apicalis dan terminata yang menjadikan kawasan kebun dan dusun di situ sebagai habitat pembiakan koloninya.
Ashari menunjukkan madu kelulut yang sudah matang
Ashari berkata, setiap sarang boleh menghasilkan antara dua hingga tiga kilogram madu asli yang dituai menggunakan sejenis alat penyedut khas tanpa mengusik sarang induknya.
Lebih istimewa, beliau juga mengamalkan kaedah hanya menuai madu selepas menerima tempahan daripada pelanggan bagi menjaga kesegaran dan kualiti madu kelulut keluaran syarikatnya.
Selain jualan secara terus, beliau turut
bersedia membekalkan madu kelulut secara runcit dan borong kepada pengguna.
Atas kesungguhan mengusahakan ternakan kelulut, beliau mengeluarkan beberapa produk termasuk madu, sabun dan bedak.
Hasil pasaran beliau kini berada di seluruh negara.
Seorang pengunjung mencuba menyedut madu kelulut asli dari sarang
Paling istimewa, katanya, pengunjung ke pusat ternakan akan dapat menikmati madu kelulut asli dengan menyedut terus dari sarang kelulut.
Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai madu lebah kelulut yang dipasarkan oleh Cikgu Ashari bolehlah menghubungi talian 018-9065323. - KitaReporters