Tegar: Kalau dulu aku orang bujang, sekarang aku bakal ayah!
Published byTEGAR Septian, yang popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang, kini perlu menukar lagu itu kepada Aku Yang Dulu Orang Bujang, Bukan Yang Sekarang Bakal Ayah selepas mendedahkan dalam akaun Instagramnya dia bakal menjadi seorang ayah tidak lama lagi. : KitaReporter
Tegar dan Sarah bakal menimang cahaya mata selepas berkahwin pada 20 Mac lalu. - Kredit foto: IG Tegar
Kalau pada 20 Mac 2020, penyanyi Tegar Septian, 19, mengejutkan peminatnya apabila beliau memberitahu yang dirinya sudah bergelar suami kepada Sarah Sheika.
Berita pernikahan penyanyi itu mengejutkan dan diberitahu Tegar secara rasmi dalam Instagram miliknya pada hari yang sama beliau mendirikan rumah tangga.
Kini selepas melayari kehidupan berumah tangga, pada 5 Mei 2020, Tegar dan Sarah berkongsi berita gembira yang mereka bakal menimang cahaya mata.
Tegar ternyata tidak dapat menyembunyikan kegembiraan itu dan telah berkongsi berita tersebut dalam video bersama isterinya.
“Alhamdulilah, tahun ini diberi rezeki dan kepercayaan sama Allah.
"Di bulan Ramadan tahun ini Tegar ditemani isteri dan alhamdulillah, Allah memberi kepercayaan untuk Tegar menjadi seorang ayah,” tulisnya dalam Instagram.
Bukti, isteri Tegar sedang hamil.
Tegar yang berkenalan dengan Sarah pada 2018 di Bandung itu sempat berkata: “Aku sudah punya anak. Luar biasa, Tegar sudah menjadi bapa.
"Aku dikejutkan dengan alat ujian kehamilan ini,” kongsinya. - KitaReporter