Berita Terkini| Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri! Penjawat awam RM500, pesara kerajaan RM250!

Published by
KitaReporters

 

Gambar hiasan... Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri akan dibuat bersama pembayaran gaji Mei 2021


KERAJAAN bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah serta RM250 buat pesara kerajaan.


Menerusi satu kenyataan media pada 22 April 2021,  pemberian bantuan khas kepada lebih dua juta penjawat awam dan pesara kerajaan itu termasuk kakitangan Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.

"Pembayaran bagi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei (2021) nanti iaitu pada 6 Mei 2021.

“Pemberian ini bagi hargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh penuh cabaran ini," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, pengumuman pemberian bantuan khas berkenaan dibuat lebih awal berbanding tahun sebelum ini atas keprihatinan kerajaan dalam membantu mereka membuat persiapan awal menjelang Hari Raya Aidilfitri. - KitaReporters 


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


3
6
1
2
0

Copy Link: