Berita Terkini| Leka berjudi dalam talian! Tiga lelaki dicekup polis Kelantan! Serbuan Op Dadu
Published byTiga lelaki yang sedang leka berjudi secara online dicekup dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Gelang Mas di Pasir Mas, Kelantan pada Sabtu, 24 April 2021. - Kredit foto: PDRM
POLIS menahan tiga lelaki yang sedang leka berjudi secara dalam talian di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Gelang Mas di Pasir Mas, Kelantan, pada Sabtu, 24 April 2021.
Serbuan menerusi Op Dadu itu disertai sepasukan pegawai
dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir
Mas pada jam 3.30 petang.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd
Nasaruddin M Nasir berkata, pemeriksaan lanjut ke atas
kesemua telefon bimbit milik suspek mendapati terdapat aplikasi perjudian
secara dalam talian.
“Kesemua suspek bersama barangan rampasan dibawa ke IPD
Pasir Mas untuk siasatan lanjut.
"Menjadi satu kesalahan ke atas mana-mana individu
yang melibatkan diri dengan aktiviti perjudian dalam talian, ujarnya lagi.
Mohd. Nasruddin berkata, kes akan disiasat di bawah Seksyen
4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya dalam satu kenyataan media pada Ahad, 25 April 2021.
Tambah beliau, polis akan mempergiatkan lagi operasi
dalam membanteras aktiviti jenayah di daerah ini.
"Jadi kita mohon orang ramai supaya tampil membantu
pihak polis dengan menyalurkan maklumat berkait aktiviti jenayah.
"Hal ini bagi memastikan aktiviti jenayah di Pasir Mas dapat dikurangkan, sekali gus mewujudkan persekitaran lebih selamat," katanya.
Tegas beliau, seksyen itu memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM50,000 dan dikenakan juga hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun jika sabit kesalahan. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter