Video| Sedihnya lihat gadis ini bertemu ayahnya! 2 tahun tak pulang! Kerana kerja di Singapura!
Published byBAGI mencari rezeki ibu bapa kita sanggup berkorban apa sahaja demi memberi anak-anak mereka kesenangan dan tidak berasa kesusahan.
Oleh sebab itu, rata-rata kita juga tahu sejak pandemik Covid-19 banyak ibu bapa terpaksa berkorban untuk tidak pulang dan mencari rezeki di Singapura.
Sudah nak masuk tahun ketiga mereka tersekat di negara Singapura demi mencari rezeki halal.
Namun, dikhabarkan baru-baru ini tempoh sempadan Johor-Singapura dibuka melalui laluan VTL (Laluan Perjalanan Bervaksin), dan ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang ke rumah masing-masing.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kepulangan
Tular sebuah video dalam Tiktok, seorang gadis menangis kesedihan ketika bertemu dengan ayahnya setelah sekian lama tidak pulang ke rumah.
Dilihat dari video ini, gadis ini dan ibunya sedang menunggu kepulangan ayahnya di terminal bas.
Apa yang menyedihkan mereka dilihat memeluk erat ayahnya dan menangis kerana sudah sangat lama tidak bertemu. Gadis itu menulis: "My dad came back after 2 years in Singapore".
Video ini menjadi perhatian netizen dan menyedihkan kerana ramai lagi keluarga yang tidak boleh pulang kerana mencari rezeki di Singapura.
Sebak sangat lihat video ini, tidak boleh dibayangkan bagaimana kita terpaksa berpisah dengan keluarga tersayang tanpa bertemu langsung akibat pandemilk yang melanda di seluruh dunia. - KitaReporters