Video| Shahir atasi Nash jadi juara Hijrahkan Laguku! Hanya 1 mata! Nak perjuang muzik Islamik!
Published byPERSAINGAN sengit antara Shahir Zawawi dan Datuk Nash dalam menentukan siapa yang diisytihar juara program realiti hiburan berunsur Islam ‘Hijrahkan Laguku’ musim 1 (HL1) anjuran TV AlHijrah pada Sabtu, 8 Januari 2022.
Dengan perbezaan cuma satu markah iaitu 72 dan 71, akhirnya Shahir diumum sebagai juara musim pertama HL.
Sebelum ini, penonton di rumah menjangka Nash yang akan diumum juara berdasarkan pujian yang diberi ketiga-tiga juri iatu Fauzi Marzuki, Hazamin Inteam dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pertandingan menyanyi
Syahir akan memperjuangkan muzik Islamik
Malah ketika pengumuman, Syahir atau nama penuhnya, Ahmad Shahir Zawawi sendiri terkejut dan mengambil sedikit masa untuk pergi menerima hadiah.
Pemarkahan berdasarkan 80 peratus dari juri tetap dan 20 peratus dari undian penonton.
Shahir menghijrahkan lagu ‘Madah Berhelah’ yang dipopular oleh Ziana Zain menjadi ‘Madahku’ bagi menerima hadiah utama RM100,000 yang disampai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad.
Tiga peserta peringkat akhir yang lain masing-masing menerima RM20,000. Mereka ialah Datuk Nash, Fikri Mark Adam Abdullah (Mark Adam), 63 markah dan Wan Syahman Wan Yunus (Iwan Syahman), 62 markah.
Kemenangan ini bakal menjadi kemunculan semula Shahir dalam persada seni tanah air setelah namanya tenggelam selama 10 tahun. Shahir merupakan juara pertandingan realiti Akademi Fantasia musim 8 pada tahun 2000, di Astro Ria.
Dia menghasilkan album pertama pada 2002 dengan lagu popularnya ‘Kebahagiaan Dalam Perpisahan’. Shahir turut ditimpa gossip dengan dikatakan mempunyai hubungan mesra dengan selebriti Erra Fazira.
Shahir kini berhasrat kembali bergiat aktif dalam bidang seni dengan memberi tumpuan membawa seni berunsur Islam.
TV AlHijrah perlu menambah baik penganjuran HL bagi musim akan datang dan seterusnya. Peserta patut lebih terbuka dengan meliputi penyanyi wanita.
Hadiah juga patut diberi untuk penulis lirik kerana peranan penulis lirik cukup penting dalam ‘menghijrahkan’ sesebuah lagu. Pembahagian hadiah peserta perlu seimbang.
Jangan hanya juara sahaja menerima hadiah RM100,000 sedangkan tiga yang lain hanya menerima saguhati bernilai RM20,00 setiap seorang. Hadiah untuk peringkat akhir patut dinaikkan kepada RM200,000 dengan tempat pertama menerima RM100,000, kedua (RM50,000), ketiga (RM30,000), keempat (RM20,000).
TV Al-Hijrah perlu mencari beberapa penaja bagi menaikkan kadar hadiah dan terus menjadikan ‘Hijrahkan Laguku’ sebagai program realiti hiburan yang mempunyai ciri bermaruah. - KitaReporters