Bad hanya minta bantuan jika benar-benar terdesak.

SIAPA yang mahu menjadi asnaf sedangkan selama ini hidup bahagia, namun semua itu ketentuan dan takdir daripada Sang Pencipta kepada umatnya. 

Keperitan hidup yang dilalui Bad Indigo yang dilahirkan sempurna selama ini membuatkan dia berkeras untuk tidak dianggap sebagai asnaf kerana beranggapan ada lagi yang lebih malang daripada dirinya dan terdesak untuk dibantu.

Menurut Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah,  dia berasa segan untuk menerima sebarang  bantuan daripada badan kebajikan walaupun dia sebenarnya layak.

Sebolehnya lelaki berusia 46 tahun itu cuba mahu mencari rezeki dengan caranya tersendiri dan hanya akan meminta bantuan daripada Pejabat Zakat atau Jabatan Kebajikan Masyarakat jika benar-benar terdesak untuk kehidupan dirinya, isteri dan anak-anak.


Bad dan Ashira ditemukan melalui Gegar Vaganza 7


Siapa sangka bahagia yang didiamkan tidak kesampaian apabila dia kini memegang kad OKU (Orang Kurang Upaya) selepas menjalani pembedahan membuang semua jari kaki sebelah kiri akibat diabetes, pada September 2021 lalu.

Kini  Bad memberitahu dia terpaksa menggunakan ‘walker’ (alat berjalan) untuk membantu dia bergerak kerana tidak mahu menyusahkan orang lain termasuk isterinya, Ashira Aziz untuk memudahkan dirinya pergi ke tandas dan memandu ke hospital untuk mendapatkan rawatan di hospital secara berkala.

Pasangan itu yang bertemu jodoh ketika menyertai  pertandingan Gegar Vaganza (GV) musim 7 (GV7), pada hujung tahun 2020

reda dengan ketentuan yang ditakdirkan.


Bad Indigo kini memegang kad orang kurang upaya

Bagaimanapun kemanisan menjalani kehidupan berumah tangga tidak berpanjangan selepas  Bad terpaksa menjalani pembedahan memotong jari kaki kirinya beberapa bulan selepas di akad nikah. 

Terbaharu, pasangan itu menerima kunjungan ustaz kesayangan ramai Ustaz Ebit Lew yang mendalami rasa pilu yang dialami pasangan penyanyi itu.

Ashira menerusi Intagramnya menyuarakan keseronokan dapat bertemu mata dengan figura motivasi yang selama ini menjadi kebanggaan ramai. - KitaReporters



Bad berusaha mencari rezeki dengan menjual Gamat Jelly. - Kredit foto: IG Bad Indigo

10
17
0
4
0

Copy Link: