31 Mei Hari Tanpa Tembakau Sedunia! Sehari je tanpa tembakau

Published by
KitaReporters

Apa manfaatnya tembakau? Sehingga hari ini dianggarkan 1.3 bilion perokok aktif daripada keseluruhan penduduk dunia bergantung kepada tembakau atau nama saintifiknya “Nicotiana tabacum” melalui rokok, cerut, rokok paip dan shisha. : KitaReporters



Sejarah tembakau bermula di benua Amerika Utara dan Selatan, apabila bangsa Red Indian telah menanam tembakau sejak 900 tahun Sebelum Masihi.

Tujuan asal mereka ialah asap tembakau digunakan untuk upacara keagamaan, majlis keramaian dan perubatan sahaja.

Seterusnya, tanaman tembakau tersebut mula mendapat perhatian dan minat oleh penjajah-penjajah Eropah yang datang ke Amerika; dan kemudiannya mereka membawa pulang biji benih tembakau untuk ditanam di tanah air masing-masing di Eropah dan England.



Pada tahun 1883,tanaman tembakau mula ditanam secara meluas di Lembah Sungai Sagama,Lahad Datu Sabah. - Kredit foto: FB Lahad Datu Info


Pada 31 Mei setiap tahunnya akan diraikan sebagai “Hari Tanpa Tembakau Sedunia”

Peringatan ini adalah sebagai satu seruan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kepada para perokok agar tidak merokok (menghisap tembakau) selama 24 jam serentak di seluruh dunia.

Dunia Perubatan telah membuktikan bahawa perokok akan meningkatkan risiko diri mereka daripada penyakit myocardial infarction dan strok.

Persoalan yang timbul: Bolehkah golongan perokok hidup tanpa rokok? Walaupun umum mengetahui keburukan merokok itu lebih banyak daripada kebaikan.

Namun tiada siapa dapat menafikan antara kesihatan dan perniagaan; kedua-duanya saling berkaitan kepada sesebuah kerajaan khususnya menyentuh soal pendapatan negara melalui kutipan cukai rokok (tembakau).

Hari Tanpa Tembakau Sedunia pertama kali diraikan oleh Negara-negara anggota Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada tahun 1987. - KitaReporters


Sumber:

http://jknj.jknj.moh.gov.my/ncd/kendalianmerokok/ceramah/Topik%202%20-%20Rokok%20dan%20Ketagihan.pdf

https://myagri.com.my/2017/01/penanaman-tembakau/

http://members.tripod.com/xfile_my/bab4.htm

2
0
0
0
0

Copy Link: