Video| Mas kahwin unik! Duda nikahi janda dengan mahar 1 liter minyak masak! Bahan rebutan warga!

Published by
KitaReporters

Minyak masak sebagai mas kahwin.


MINYAK masak merupakan barangan yang amat penting untuk setiap masakan yang disajikan oleh kaum wanita dan andaikata ketiadaan minyak kelapa untuk digunakan untuk menumis atau mengoreng dengan bahan makanan lain sudah pasti makanan yang disediakan itu tidak enak dimakan.

Dalam hal ini, tergerak di hati seorang duda yang berusia 60 tahun dari Desa Suru, Kecamatan Sooko, Ponorogo, Jawa Timur untuk menjadikan minyak masak satu liter sebagai mas kahwinnya yang agak unik dengan seorang janda, Sumariati, 54, pada 22 Februari 2022 lalu.


Lsagi cerita-cerita menarik berkaitan mas kahwin

SUPADI menyampaikan minyak masak sebagai mas kahwin yang unik kepada Sumariati yang disaksikan oleh Meki Hassan Tachtarudin pada 22 Februari 2022. - Kredit foto: Detik.com


Duda terbabit, Supadi berkata, meskipun minyak masak itu harganya tidak bernilai tetapi ia amat penting bagi suri rumah sejak dari dulu lagi selain ia juga memberi pengertian yang tersendiri kepada pasangan pengantin baharu itu.

Pernikahan mereka dengan mas kahwin seperti itu yang tidak pernah terjadi kepada pengantin-pengantin lain telah menjadi viral dalam media sosial.

Memetik laporan Suara.com pada 23 Februari 2022 lalu, Sumariati tiada masalah dengan mas kahwin minyak masak itu kerana dia dapat memahami kehendak suaminya. 



“Di Jawa Timur, ketika ini, menjadi heboh dalam kalangan masyarakat terutama kaum wanita kerana minyak masak sukar diperolehi dan harganya agak mahal berbanding sebelum ini.

“Di situ, hati saya terpanggil untuk mengadakan mas kahwin satu pek minyak masak yang isinya satu liter serta wang hantaran Rp1 juta (RM291) untuk isteri saya dan saya kira minyak masak amat penting kepada masakan dan sama juga seorang wanita (isterI) amat diperlukan dalam sebuah rumah tangga,’’ katanya. 

Masyarakat buat ini sering menjadi kecoh kerana kekurangan minyak masak di pasaran tempatan menyebabkan mereka sanggup beratur di pasar raya untuk membeli minyak masak itu dengan harga yang murah tetapi hanya dibenarkan dua liter setiap seorang.


ORANG ramai sanggup beratur di depan sebuah pasar raya di Bandung, Jawa Barat untuk membeli minyak masak. - Kredit foto : Tribunnews.com


Turut terasa dengan kekurangan bahan masakan itu sejak akhir-akhir ini di beberapa wilayah lain termasuk Bandung, Jawa Barat.

Tribunnews.com melaporkan pada 23 Februari 2022 lalu, akibat masalah itu, orang ramai sanggup datang ke sebuah pasar raya di Bandung sejak pukul 6 pagi lagi untuk beratur membeli minyak masak sedangkan pasar raya berkenaan akan mula beroperasi pukul  9 pagi.  


Kredit foto: Radar Banyumas


Sementara itu, Ketua Kantor Urusan Agama (KUA) Sooko, Meki Hassan Tachtarudin berkata, penjelasan pengantin mengenai minyak masak itu adalah simbol barang yang amat penting kepada orang ramai khususnya suri rumah tangga.

Meki memberitahu, pasangan pengantin itu berbuat demikian kerana sekarang ini minyak masak harganya mahal dan sukar diperolehi di pasaran.  

Walaupun mas kahwin itu agak kelainan tetapi ia boleh memberi manfaat kepada keluarga mereka dan pasangan terbabit bukan sahaja memilih minyak masak sahaja tetapi tarikh perkahwinan pun cantik iaitu tarikh hari 22, bulan 2, tahun 2022 (22.2.22),” katanya.


SUPADI bersama Sumariati. - kredit foto : GoraJuara.com


Menurutnya, pasangan suami isteri itu memilih tarikh itu bagi memudahkan mereka mengingatinya tarikh perkahwinan mereka yang merupakan masing-masing kali yang kedua mereka bernikah.

Kedua-dua mempelai yang menjadi janda dan duda akibat bercerai mati itu diijab kabul pada pukul 9 malam di rumah pengantin wanita itu.

Majlis pernikahan mereka dilangsungkan secara sederhana, pengantin wanita memakai baju kebaya berwarna ungu manakala lelaki berpakaian baju batik.

Meskipun sudah berusia, Supadi kelihatan masih gugup sedikit ketika menjawab akad nikah menyebabkan jurunikah terpaksa lafazkan ijab kabul sebanyak tiga kali dan kali ketiga baharulah dia jawab dengan lancar. - KitaReporters


 

 

 

11
9
0
17
0

Copy Link: