BANJIR merupakan antara fenomena alam yang banyak memberi kesan negatif terhadap kehidupan harian individu terlibat hingga mengakibatkan kerosakkan dan kemusnahan harta benda termasuk sawah ladang, ternakan mahupun premis kediaman atau perniagaan. : KitaReporters
Bantuan keperluan harian dihulurkan kepada salah seorang mangsa banjir di Kampung Puom, Jelebu, Negeri Sembilan oleh Ketua Wilayah Timur PBMaINS MAINS, Mohd.Shahrizad Abu Kasim . - Kredit foto-foto: Ain Rahim, Abu Aaesya dan Haziq Naim PBMaINS MAINS.


Lagi cerita-cerita dari Negeri Sembilan:

https://kitareporters.com/search?search=negeri+sembilan


Setiap kali berlakunya banjir sudah tentulah menimbulkan keadaan kurang selesa kelompok masyarakat  yang terkena hingga menjejaskan pelbagai urusan aktiviti harian termasuk untuk bekerja atau sebagainya.

Di Negeri Sembilan pada minggu ketiga bulan Julai lalu, berlaku banjir di beberapa daerah di negeri itu yang menjejaskan ratusan keluarga terutama yang tinggal di kawasan rendah dan mudah dinaiki air serta berhampiran sungai.

Berikutan bencana itu, pihak Perbadanan Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (PBMaINS), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah turun untuk meninjau serta melihat sendiri keperitan mangsa banjir.

Melalui kunjung ziarah prihatin selama  tujuh hari bermula 15 Julai hingga 21 Julai 2020, daerah Jelebu, Rembau, Port Dikson, Seremban dan Tampin telah diziarahi. 

Pada kunjung ziarah tersebut, mangsa-mangsa khususnya golongan memerlukan yang disantuni diberikan sumbangan bantuan keperluan harian dan wang tunai, di samping bantuan susulan bagi yang layak dan berkeperluan.

Salah seorang mangsa banjir yang terjejas melibatkan sekurang-kurang lima daerah di Negeri Sembilan menerima bantuan keperluan harian daripada salah seorang pegawai di PBMaINS MAINS pada kunjungan ziarah prihatin meyantuni mangsa-mangsa banjir.


Menurut laporan yang dipetik dari media sosial PBMaINS MAINS, program kunjung ziarah prihatin dan meyantuni mangsa banjir khususnya golongan asnaf kali ini diketuai Pengerusi MAINS, Dato' Mohamad Hussien; Setiausaha MAINS, Ahmad Husaini Mustafa; dan Ketua Wilayah Utara, Zamru Shamsudin.
Sekurang-kurangnya lima daerah di negeri adat pepateh ini yang terlibat musibah banjir dan terpaksa diterima dengan penuh tabah serta bersyukur terhadap ujian Allah merangkumi daerah Jelebu, Rembau, Seremban, Port Dikson dan Tampin.
Sejumlah 123 keluarga di lima daerah berkenaan sempat diziarahi dan disantuni para pegawai MAINS dan agensi-agensi di bawahnya khusus PBMaINS, yang banyak menguruskan hai-hal berkaitan golongan mereka yang wajar dibantu dan diberikan pertolongan terutama di bawah kategori asnaf.
Di daerah Jelebu, 10 keluarga dari Kampung Puom yang terjejas akibat banjir disantuni dan diberikan sumbangan bantuan oleh para pegawai PBMaINS MAINS pada Selasa 21 Julai 2020.

Mohamad Hussein (kiri) menyampaikan sumbangan bantuan keperluan harian kepada salah seorang mangsa banjir yang cacat anggota semasa kunjung ziarah prihatin oleh MAINS dan PBMaINS di Kampung Bemban, Mambau, Negeri Sembilan.


Ketua Wilayah Timur PBMaINS, Mohd Shahrizad Abu Kasim dibantu oleh Pegawai Bahagian Kutipan PBMaINS MAINS Jelebu, Mohd Eddy Erman serta dua pegawai Skuad Belo Asnaf, Mohd Hasbollah Ahmad dan Amir Syukri Abdul Jalil menyampaikan bantuan kepada mereka terlibat. 

Bantuan susulan juga akan diusahakan berdasar kepada mereka yang layak dan memerlukan.

Di daerah Rembau, 6 keluarga dari Kampung Chembong Halt dan Kampung Pedas diziarahi dan diberikan sumbangan melalui Pejabat Agihan Seremban oleh para pegawai PBMaINS pada Isnin 20 Julai 2020 .
Dua pegawai Skuad Belo Asnaf, Mohd Hasbollah Ahmad dan Amirul Aizuddin bertindak menyampaikan  bantuan. 

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Nordin Majid hadir bersama mangsa  yang layak dan memerlukan. 

Bantuan susulan akan disalurkan mengikut kelayakan hasil bancian dijalankan.

Sementara itu, di daerah Port Dikson pada Jumaat 17 Julai 2020, 10 keluarga dari Kampung Jaging dan Kampung tanah Merah dikunjungi melalui program ziarah prihatin oleh para pegawai PBMaINS dan diberikan sumbangan bantuan keperluan harian.

Dua pegawai PBMaINS MAINS meninjau keadaan bahagian dalam rumah salah seorang mangsa banjir kilat yang berlaku baru-baru ini.


Bantuan yang diedarkan melalui Pejabat Bahagian Agihan PBMaINS MAINS disampaikan oleh Pegawai Agihan Port Dikson, Mohd hafiz Abu Yazid, di samping bantuan susulan disalurkan selepas ini.
Pada Khamis 16 Julai 2020, sejumlah 55 keluarga di Kampung Jimah Lama, Port Dikson yang rumah mereka ditenggelami air lebih satu meter akibat hujan lebat pada awal pagi Isnin disantuni Pengerusi MAINS, Dato' Mohamad Hussien pada kunjung ziarah orihatin bersama para pegawai PBMaINS MAINS.

Beliau pada kunjungan itu menyampaikan bantuan kepada mangsa terjejas banjir berkenaan yang turut dihadiri sama Setiausaha MAINS, Ahmad Husaini Mustafa dan Ketua Wilayah Utara, Zamru Shamsuddin.

Pengerusi Masjid Kariah kampung Jimah Lama, Salim Ahmad berkata, pada hari kejadian, penduduk yang terjejas telah dipindahkan ke Pusat Penampatan Sementara di  Sekolah Kebangsaan Jimah Lama (SKIL) oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan sebaik menerima laporan kejadian banjir kilat.

Salah seorang mangsa banjir kilat di Negeri Sembilan (bertudung hijau) menerima bantuan keperluan harian daripada pegawai atasan PBMaINS.


Pada hari yang sama, sejumlah lapan keluarga dari Kampung Sega Hulu dan Sega Hilir di Rantau, Seremban yang terlibat banjir menerima bantuan awal barangan keperluan disampaikan tiga pegawai Skuad Bela Asnaf, Mohd Hasbollah Ahmad, Mohamad Asyraff Abdul Aziz dan Siti Nurliyana Zolkifli.
Pegawai Agihan kawasan Nilai Mohamad Fauzi Ismail  turut membantu menyampaikan sumbangan bantuan berkenaan yang dihadiri sama Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Abdul Razak Abu Bakar dan Azmi Said

Salah seorang warga emas menanda tangani surat penerimaan barangan keperluan harian sumbangan PBMaINS MAINS berikutan bencana banjir baru-baru ini.


Di Mambau, Seremban sejumlah 40 keluarga dari Kampung Bemban yang terjejas kerana banjir dianggap terburuk sejak beberapa tahun lalu dengan paras ketinggian air lebih 1 meter diberikan sumbangan bantuan  pada Rabu 15 Julai 2020.

Setiausaha MAINS Ahmad Husaini Mustafa menyampaikan agihan bantuan kepada mangsa terlibat yang turut dihadiri Ketua Wilayah Utara, Zamru Shamsuddin dan Ketua Unit Khidmat masyarakat, Jumaitul Adawiyah Ismail. 

Pengerusi Masjid Kariah kampung Bemban, Abdul Latif Mohd Yunus berkata, sekalipun usaha pembersihan dan perluaskan kawasan saliran sungai telah dibuat di kampung itu, tapi banjir telah melanda sejajk akhir-akhir ini.

Pada hari kejadian, penduduk terjejas dipindahkan ke Pusat penempatan Sementara di Masjid Jame Kampung Bemban oleh pasukan JPBPM cawangan Negeri Sembilan setelah menerima laporan banjir kilat.
Kepada orang ramai dan mereka yang mampu tolonglah berikan bantuan  golongan yang terpaksa hidup dalam kedaifan berikutan diselubungi kepompong kemiskinan dengan menyalurkan bayaran zakat yang dituntut oleh agama. 

Inilah peluang dan cara terbaik untuk dapat berbakti dan membantu sesiapa sahaja yang memerlukan. - KitaReporters

Warga emas, yang terjejas akibat banjir kilat di lima daerah berlaku di Negeri Sembilan baru-baru ini, menerima sumbangan bantuan agihan PBMaINS  MAINS.

Keprihatian PBMaINS dengan menyumbang bantuan keperluan harian secara tidak langsung meringankan beban yang dialami mereka terjejas akibat PKP.

Beginilah keadaan sebahagian pekarangan rumah salah seorang mangsa banjir kilat yang berlaku di lima daerah di Negeri Sembilan.

Salah seorang warga Asnaf Negeri Sembilan (kanan) menerima sumbangan bantuan barangan keperluan harian dari para petugas PBMaINS. 

1
0
0
0
0

Copy Link: