Berita Terkini| Covid-19: Tiada rawatan alternatif sembuh! Jangan terpedaya dakwaan individu!
Published byKelantan mencatatkan sebanyak 541 kes baharu Covid-19 pada 2 Jun 2021
TIADA kajian saintifik membuktikan rawatan lain dapat menyembuhkan pesakit Covid-19 dan orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dakwaan individu-individu yang mampu merawat wabak berkenaan.
Pengarah
Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata langkah terbaik ialah
individu yang dijangkiti perlu segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital.
“Orang
ramai dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan-dakwaan berhubung
rawatan alternatif Covid-19 yang tiada bukti secara saintifik.
“Hasil kajian
saintifik membuktikan punca Covid-19 disebabkan oleh virus. Kita telah ada
maklumat sahih berhubung penyebaran jangkitan, jadi saya harap masyarakat membuat
rawatan segera di klinik atau hospital.
“Kita turut menyedari iklan yang tular dalam media sosial berhubung dakwaan pihak tertentu yang tawarkan rawatan alternatif untuk virus berkenaan. Orang ramai jangan cepat percaya berhubung perkara ini,” katanya dipetik oleh laporan Harian Metro, 2 Jun 2021.
Untuk info, tular hebahan rawatan penyakit Covid-19 oleh pengamal perubatan alternatif dan rakannya dalam aplikasi WhatsApp yang mendakwa mampu merawat penyakit tersebut. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter