Berita Terkini| Dakwaan Sajat di JB sah palsu! Polis dah periksa kondo mewah seperti ditular!
Published byPOLIS Johor menafikan bahawa usahawan kosmetik yang kini dalam buruan polis, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat bersembunyi di Johor Bahru.
Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Johor Senior Asisten Komisioner Datuk Md. Yusof Ahmad
berkata, polis telah melakukan pemeriksaan di lokasi seperti yang didakwa iaitu di sebuah
premis perniagaan terletak di Pusat Komersial Bandar Baru Uda dan sebuah
kondominium di Danga Bay pada Ahad, 23 Mei 2021.
"Bagaimanapun,
tiada langsung kelibat Sajat di kedua-dua lokasi berkenaan. Saya harap netizen jangan
layan sangat isu sebegini. Polis banyak lagi kerja lain, lebih-lebih lagi
sekarang ini isu Covid-19 lebih penting.
"Kalau
nampak depan mata barulah maklumkan kepada pihak polis. Jika tiada, tak perlu
mereka cerita yang membuang masa dan menyusahkan polis," katanya seperti
dipetik oleh Sinar Harian pada Isnin, 24 Mei 2021.
Sebelum ini tular dalam media sosial berhubungan penemuaan Sajat di Johor Bahru berdasarkan gambar yang dikongsikannya dalam laman Instagram pada Sabtu, 22 Mei 2021 yang memaparkan lokasi beliau berada iaitu Pusat Komersial Bandar Baru Uda di Johor Bahru.
Pada 26
April 2021 lalu, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang ketika itu Timbalan Ketua
Polis Negara berkata, Sajat dipercayai berada di luar negara berdasarkan
maklumat terkini pihaknya dan usaha mengesan usahawan kosmetik itu sedang giat
dilakukan.
Sajat dipercayai bersembunyi selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadapnya kerana gagal menghadirkan diri dalam sebutan semula kes beliau tanpa sebarang sebab pada 23 Februari lalu. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter