Sambutan Hari Warga Emas Sedunia disambut pada 1 Oktober setiap tahun sebagaimana yang diputuskan dalam resolusi No.45/106 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia selaras dengan matlamat utamanya untuk mengiktirafkan golongan tua agar tidak dilihat sebagai satu golongan yang terpinggir dan membawa beban dalam masyarakat. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan warga emas:

https://kitareporters.com/search?search=warga+emas


Secara umumnya, takrifan warga emas atau warga tua adalah mereka yang telah mencapai usia enam puluh tahun dan ke atas; sejajar dengan takrifan yang dibuat di "World Assembly On Ageing 1982" di Vienna

Tahukah anda bahawa jumlah penduduk dunia yang berusia 60 tahun ke atas bakal meningkat dari 900 juta penduduk pada tahun 2015 kepada 2 bilion menjelang tahun 2050.


Malaysia pula turut akan menjadi sebuah negara tua menjelang tahun 2030 apabila penduduknya yang berumur 60 tahun dan ke atas mencecah 5.6 juta atau 15 peratus daripada jumlah penduduk negara.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada bertambahnya bilangan warga emas setiap tahun adalah kerana purata jangka hayat bagi kaum lelaki telah meningkat kepada 70.8 tahun, manakala wanita pula kepada 75.6 tahun.

Apa pula persediaan negara bagi menghadapi golongan ini? 

Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menggariskan dua pelan strategik bagi meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan golongan itu dengan melaksanakan Dasar Warga Emas Negara (DWEN) dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN).

Namun, kehidupan golongan warga emas di seluruh dunia tetap menghadapi beberapa cabaran serius  terutama dari sudut kesihatan mereka.


Satu kajian yang dilakukan oleh Lancet Global Health 2017  mendapati sebanyak 51.3 peratus warga emas turut dikaitkan dengan 93 jenis penyakit. Sebahagian besar daripada mereka pasti menghidap sekurang-kurangnya satu jenis penyakit. 

Di Malaysia,kebanyakan rakyatnya bersahabat dengan penyakit 'tiga serangkai 'iaitu kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung atau buah pinggang.

Penyakit-penyakit berikut lebih kerap berlaku dalam kalangan warga tua (emas):

  • Penyakit berjangkit contohnya radang (atau infeksi) paru-paru, infeksi pundi kencing, pundi hempedu dsb.
  • Penyakit barah seperti payu dara, cervix, paru-paru, usus besar dsb.

  • Penyakit degenerative atau ”perubahan merosot” akibat proses penuaan contohnya osteoarthrities, osteoporosis, dementia (nyanyuk), Parkinson disease, artheroscleerosis (contohnya penyakit koronari jantung serta angin ahmar) dsb.
  • Penyakit ‘chronic disability’ seperti falls (jatuh), immobile” (ketidakupayaan berjalan atau bergerak) dsb.
  • Penyakit akibat masalah sosial contohnya, sunyi, bingung, muram, kurang zat makanan (malnourish), didera dsb.
  • Penyakit yang juga dihadapi orang muda seperti Diabetes Mellitus (DM), darah tinggi dsb.

Keperluan untuk warga tua hidup sihat adalah termasuk:

  • Makanan seimbang
  • Keselamatan 

  • Tempat berteduh/tinggal 
  • Agama 
  • Sukan dan rekreasi 
  • Kebolehan bergerak (Mobility)
  • Kasih sayang 
  • Kebolehan berinteraksi/komunikasi


Secara tuntas, warga emas sepatutnya dihargai dan dilindungi golongan muda dan sesungguhnya mereka lebih dahulu makan garam daripada kita. 

Lambat laun kita juga akan meniti usia tua seperti mereka yang sentiasa memerlukan perhatian dan kasih sayang. - Kitareporters


Sumber:

https://www.who.int/en/news-room/fact-sheets/detail/ageing-and-health

http://www.jpapencen.gov.my/masalah_kesihatan.html

18
0
3
0
0

Copy Link: