Berita Terkini| RM500 buat penjawat awam negeri di Sarawak! Bantuan Khas Aidilfitri dan Gawai!
Published byPembayaran Bantuan Khas Aidilfitri dan Gawai kepada penjawat awam negeri di Sarawak pada Mei 2021
KERAJAAN Negeri Sarawak bersetuju memberi Bantuan Khas Aidilfitri dan Gawai kepada semua penjawat awam negeri di Sarawak berjumlah sebanyak RM500 seorang.
Menerusi satu kenyataan Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada 28 April 2021, bantuan khas berkenaan akan dibayar pada Mei 2021 iaitu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri dan perayaan Hari Gawai.
“Pemberian bantuan khas ini sebagai menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam negeri dalam menggalas tanggungjawab dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutama semasa negeri serta negara hadapi tempoh penuh cabaran ini.
“Melalui pemberian bantuan khas ini juga, kerajaan negeri berharap ia dapat ringankan beban kewangan penjawat awam negeri menjelang sambutan Aidilfitri.
“Selain
itu, bantuan ini juga menjadi insentif kepada mereka untuk terus berkhidmat
dengan penuh dedikasi,” kata kenyataan itu. -KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter