Berita Terkini| Palsukan borang rentas negeri! Wanita warga asing ditahan sekatan jalan raya!

Published by
KitaReporters

Gambar hiasan... Wanita warga asing itu mengaku menggunakan salinan borang yang diperoleh daripada seorang rakannya.


KEBERANIAN seorang wanita warga asing yang menggunakan borang rentas negeri yang dipalsukan akhirnya termakan diri sendiri apabila ditahan oleh polis dalam sekatan jalan raya, Selasa 27 April lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata wanita berusia 38 tahun itu ditahan dalam pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Bentong menghala ke Kuantan.

Ketika kejadian kira-kira 11.30 pagi itu anggota bertugas menahan sebuah bas ekspres membawa 16 penumpang dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

"Hasil pemeriksaan, didapati wanita itu menggunakan dokumen yang dipalsukan," katanya yang dipetik oleh Berita Harian, Khamis, 29 April 2021.

Zaiham berkata, siasatan awal mendapati wanita itu mendakwa mendapatkan borang rentas negeri daripada salah seorang rakannya.

"Setelah kita menghubungi balai polis yang mengeluarkan borang rentas negeri, tiada nombor siri seperti dinyatakan dalam borang itu.

"Wanita itu kemudian mengaku menggunakan salinan borang yang diperoleh daripada seorang rakannya," katanya.

Beliau berkata, susulan kejadian itu suspek direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 22 Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata wanita berusia 38 tahun itu ditahan menerusi pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Bentong menghala ke Kuantan. kredit Foto Sahih.com

0
0
0
0
1

Copy Link: