SEPANJANG Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia kini, Pusat Konservasi Gajah Kebangsasn (PKGK), Kuala Gandah di Temerloh, Pahang masih lagi ditutup sepenuhnya dan tidak menerima sebarang kunjungan. Nak jumpa gajah? Nak mandi dengan gajah? Nak beri makan gajah? Nanti dulu ye. "Abang Long" kawasan tak dibenarkan berjumpa sesiapapun. : KitaReporters

Kredit foto-foto: Mohd Rafi Mamat


Nanti bila tuan rumah dah buka pintu baru boleh bersua muka. 

Buat masa ini, aktiviti hanya berlegar dalam kalangan petugas sahaja untuk memastikan tahap kesihatan haiwan berkenaan sentiasa berada dalam keadaan sihat sepanjang masa.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah memang popular di Malaysia kerana ianya satu daripada destinasi kunjungan pelancong dalam dan luar negara. 

Setiap kali musim cuti persekolahan atau perayaan, malah waktu hujung minggu, pusat konservasi ini sentiasa menjadi tumpuan ramai untuk melihat pelbagai aksi gajah dan melakukan aktiviti bersama gajah.

Gelagat gajah yang mampu melakukan pelbagai aksi menghiburkan menjadi tarikan utama pelancong ke PKGK. 


Lebih menarik lagi pengunjung diberi peluang memberi haiwan berkenaan makan buah, kacang dan tebu (jualan disediakan) selain aktiviti mandi bersama anak gajah di sungai yang terdapat kawasan pusat berkenaan. 

Bestkan dapat melihat aksi gajah yang selama ini hanya ditonton di kaca televisyen dan bahan bacaan semata-mata.

Nak rakam gambar bersama gajah? Pun boleh. 

Tapi perlu pengawasan kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). Manalah tau berlaku kejadian tidak diingini pulak nantikan.


Walaupun aktiviti bersama pelancong tidak diadakan sepanjang PKP dikuatkuasakan, namun gajah tetap perlu mengikuti kegiatan harian. 

"Mereka" perlu melakukan aktiviti sendiri untuk memastikan tubuh badan berada dalam keadaan cergas (fit).

Ketika ini, ada 31 gajah dewasa dan anak ditempatkan di PKGK Kuala Gandah ini. 
Teman tapi mesra ni. Jangan cuba-cuba main kasar tau!!! Bahaya. Usap-usap, gosok-gosok boleh la.



Menurut Ketua PKGK Kuala Gandah Muhammad Khairul Adha Mat Amin, sifat semula jadi gajah ialah perlu berjalan di kawasan terbuka dan di dalam hutan setiap hari kerana tahap kesihatan haiwan berkenaan akan terjejas sekiranya tidak melakukan sebarang aktiviti. 

Kalau asyik duduk atau berdiri pun penatkan.. baikla pergi jalan-jalan atau berendam! Takde lah bosan sangat.

"Waktu siang gajah dipenuhi dengan aktiviti bergerak sambil berjalan dan makan, sekiranya cuaca panas haiwan berkenaan perlu turun ke sungai untuk mandi antara 10 hingga 15 minit," katanya.
Beliau berkata, selain melakukan aktiviti bersama gajah, pengunjung juga berpeluang melawat galeri atau muzium gajah yang menempah gambar, replika serta peralatan yang pernah digunakan untuk menangkap haiwan berkenaan suatu ketika dahulu.



Pengunjung juga boleh menonton video dokumentari operasi menangkap dan memindahkan haiwan liar terbabit ke habitat baharu yang ditayangkan di studio mini yang terletak di bangunan utama.

Operasi PKGK Kuala Gandah dibuka setiap hari mulai jam 8 pagi hingga 4.30 petang. Pelancong tidak dikenakan sebarang bayaran.
Menurutnya, tugas pengawasan haiwan berkenaan termasuk memberi makan dan mencuci kandang dilakukan secara bergilir oleh 20 kakitangan.
"Setiap gajah dikawal oleh seorang mahut atau gembala sambil dibantu oleh dua pembantu ketika melakukan apa juga aktiviti setiap hari terutama pada waktu pagi dan petang.
"Gajah diberi buah dan beberapa jenis makan lain setiap pagi mengikut sukatan ditetapkan, bagi yang tidak sihat rawatan diberikan oleh pegawai perubatan," katanya.
Mereka yang ingin berkunjung ke PKGK Kuala Gandah boleh terus datang atau menghubungi talian 017-3688 207 untuk maklumat lanjut.

Kredit foto-foto: Mohd Rafi Mamat


Nak jumpa Abang Long kawasan? Tunggu dulu ye. 

Masih ditutup bagi mengelak berlakunya jangkitan COVID-19 tanpa disedari. Langkah pencegahan awal wajar diambil. 

Syabas PKGK Kuala Gandah!! - KitaReporters

1
0
0
0
0

Copy Link: