Final Piala Tun Sharifah Rodziah 2022: Melaka United kekal juara! Tewaskan Negeri Sembilan 1-0!

Published by
KitaReporters


MELAKA United terpaksa berhempas pulas sehingga ke masa tambahan sebelum mencatat kemenangan 1-0 ke atas Negeri Sembilan untuk muncul juara Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) 2022 dalam perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Cheras, Kuala Lumpur pada malam tadi, 11 September 2022. 

Dalam perlawanan yang berlangsung, kedua-dua pasukan saling berbalas-balas serangan untuk mencari gol namun peluang yang ada sering terlepas begitu sahaja selain barisan pertahanan masing-masing bertindak cemerlang.  

Perlawanan yang terikat 0-0 sepanjang 90 minit masa berlangsung terpaksa dibawa ke masa tambahan dan perlawanan hampir ke sepakan penalti setelah perlawanan berbaki lima sebelum masa sebenar tamat. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bola sepak wanita

Kredit foto : FB FAM.


Namun jaringan Fatin Shahida Azmi pada minit ke-116 sudah cukup untuk memastikan Melaka United meraihkan kejuaraan tanpa perlu ke sepakan penalti sekali gus menghampakan skuad Negeri Sembilan untuk muncul juara buat pertama kali. 

Pujian harus diberikan kepada Negeri Sembilan kerana berjaya ke perlawanan akhir kerana kali terakhir mereka jejak kaki di perlawanan final adalah pada tahun 1993. 

Kejuaraan ini membolehkan Melaka United mengekalkan kejuaraan mereka menenangi sejak 2019.


Kredit foto : FB FAM. 


Melaka United menempuh perlawanan yang sukar sebelum muncul juara kerana perlu jumpa lawan yang lebih sukar. Naib Johan dalam kumpulan memaksa mereka berjumpa pasukan pilihan, Selangor di separuh akhir. 

Selangor yang mencatat kemenangan bersih dalam peringkat kumpuan dilihat mampu ke perlawanan akhir namun Melaka United yang dibarisi beberapa pemain kebangsaan ternyata melakukan kejutan untuk menyingkirkan Selangor untuk ke perlawanan akhir. 

Dalam penentuan tempat ketiga dan keempat, Sabah berjaya menebus kekecewaan dengan menewaskan Selangor untuk menduduki tempat ketiga . - KitaReporters


13
16
0
9
0

Copy Link: