FILEM epik sejarah ‘Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan’ benar-benar mencipta fenomena dan menjadi filem paling tinggi kutipannya di negara ini.

Selepas 33 hari ditayangkan, filem ‘Mat Kilau’ ini berjaya mencatat kutipan RM90 juta, sekali gus menjadi filem 'box office' (pecah panggung) Malaysia tertinggi tempatan dan antarabangsa selepas ‘Munafik 2' (RM48 juta) pada 2018 dan ‘Avengers: Endgame’ (RM84 juta) pada 2019. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan filem fenomena Mat Kilau



Pengarahnya Syamsul Yusof menangis atas kejayaan yang dicapai oleh filem itu. 

"Air mata syukur, tiada kata melainkan alhamdulillah. Saya dan seluruh pasukan amat terharu.

"Mengejutkan lagi apabila Mat Kilau menjadi filem nombor satu dalam carta 'box office' mingguan untuk lima minggu berturut-turut mengetepikan filem besar Hollywood," katanya kepada sebuah media.

Menurut Syamsul, pencapaian itu membuktikan filem Melayu masih boleh berdiri sendiri.


Syamsul berkata, dia melakukan sujud syukur. - Kredit foto: IG syamsulyusoffilm

"Terima kasih penonton kerana masih terus memberi kepercayaan kepada karya saya kali ini dan semua filem saya sebelumnya. Sejak dari filem pertama hinggalah sekarang. Insya-Allah moga terus diberi ilham untuk filem akan datang.

"Ini juga terbukti beberapa kali karya filem Melayu masih boleh berdiri di bumi sendiri. Ini harapan baru pawagam tempatan dan buat semua anak seni tanah air

"Ayuh semua pengkarya filem, ayuh bersatu demi kita sama-sama majukan industri seni Malaysia," katanya.



Filem terbitan Studio Kembara yang mula ditayangkan pada 23 Jun 2022 lalu diijangka mampu melepasi kutipan RM100 juta selepas dua bulan ditayang. Ia masih ditayang dan dijangka bertahan di pawagam termasuk Singapura dan Brunei dalam tempoh sebulan lagi.

Filem ‘Mat Kilau’ dikatakan berjaya menyemaikan kecintaan terhadap pejuang rakyat.

Syamsul  turut mengarah Adi Putera sebagai Mat Kilau melakukan adegan silat. - Kredit foto: IG syamsulyusoffilm

Ada masyarakat yang sudah bertongkat dan sudah puluhan tahun tidak ke pawagam pergi menonton. Ada yang membawa sekeluarga menonton termasuk kanak-kanak.  

Terdapat sejumlah bekas produser kembali berminat untuk menjadi produser filem atau wujud produser baharu didorong  kejayaan luar biasa ‘Mat Kilau’. 

Namun fenomena tetap hanya fenomena. Apakah ia cuma wujud sesekali?

Barisan pelakon dan tenaga penerbitan dijangka bakal menerima bonus lumayan. Datuk Adi Putra dan Syamsul dijangka penerima bonus tertinggi. - KitaReporters

7
9
0
16
0

Copy Link: