Wajarkah kuda disertakan? Qabil calon tanpa kudanya, Rosenstoltz? Anugerah Olahragawan Kebangsaan!
Published byQABIL Ambak Mahamad Fathil bersama-sama kudanya, Rosenstolz yang menjuarai acara dressage ekuestrian Sukan Asia Hangzhou 2023. - Kredit foto: MSN
PELIK tetapi benar! Mungkin melucukan namun seperti ada yang terlepas pandang.
Bagaimana
Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara (ASN) 2023 hanya mencalonkan
Qabil Ambak Mahamad Fathil dalam senarai pencabar Olahragawan Kebangsaan?
Sedangkan
tanpa kudanya, Rosenstolz, tidak mungkin atlet berusia 44 tahun itu mampu
menaiki podium pemenang pingat emas acara dressage Sukan Asia Hangzhou 2023
pada 28 September 2023 di Pusat Ekuestrian Tonglu.
Sekalipun seekor haiwan, kudanya tetap berhak disekalikan namanya dengan Qabil kerana mereka sama-sama memahatkan sebagai pingat emas pertama Malaysia dalam ekuestrian Sukan Asia sejak diperkenal pada 1986 di Seoul, Korea Selatan.
MESYUARAT Jawatankuasa Pemilihan ASN 2023 yang dipengerusikan oleh Dr K. Nagulendran di Menara KBS, Putrajaya pada 5 Jun 2024 bagi menyenarai pendek calon-calon Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan. - Kredit foto: MSN
Sekalipun seekor haiwan, Rosenstolz tetap berhak disekalikan namanya dengan Qabil kerana mereka sama-sama memahatkan sebagai pingat emas pertama Malaysia dalam ekuestrian Sukan Asia.
Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dr. K. Nagulendran di Menara KBS (Kementerian Belia dan Sukan), Putrajaya pada 5 Jun 2024 itu turut menamakan Ng Eain Yow (skuasy), Datuk Mohd. Syarul Azman Mahen Abdullah (bina badan), Arif Afifuddin Malik (karate) dan Rafiq Ismail (boling) dalam senarai pendek calon Olahragawan itu.
Majlis penyampaian ASN 2023 pada edisi ke-57 sejak 1966 yang dijadualkan pada 13 Jun 2024 di Lembah Klang, turut akan menyaksikan Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan mengaut RM20,000, piala, piala iringan, sijil dan blazer kuning khas.
SYARUL Azman Mahen Abdullah (tengah) atau digelar Mike merangkul gelaran dunia keenamnya di Wonju. - Kredit foto: MBBF
Tentangan sengit terhadap Qabil bakal diberikan oleh Syarul, 51, yang buat kali keenam menjuarai Kejohanan Bina Badan dan Fizik Dunia di Wonju, Korea Selatan pada 10 November 2023 selain Eain Yow, pemenang pingat emas perseorangan skuasy Sukan Asia Ke-14.
Takhta Olahragawati Kebangsaan 2023 ASN pula kian pasti menjadi milik Natasha Roslan, juara perseorangan wanita Kejohanan Dunia di Salmiya, Kuwait setelah menewaskan rakan senegara, Sin Li Jane 259-194, 162-238, 185-165 dalam final pada 9 Oktober 2023 lalu.
Tampak agak sukar bagi pemenang dua pingat emas skuasy perseorangan dan berpasukan wanita di Hangzhou, S. Sivasangari menafikannya mahupun Nur Syazrin Latif, juara acara ILCA 6 pelayaran Sukan Asia.
Begitu juga dua lagi pencabar, Nurul Alyani Jamil, pemenang tempat ketiga boling padang Juara Antara Juara di Gold Coast dan Nur Amisha Azril Rizal, juara bawah 23 tahun Kejohanan Muay Thai di Bangkok. - KitaReporter
NATASHA Roslan (kiri) dan Sin Li Jane yang memastikan kesudahan satu-dua buat Malaysia dalam Kejohanan Boling Dunia di Kuwait. - Kredit foto BM
Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan:
1966: M.
Jegathesan (olahraga), M. Rajamani (olahraga)
1967: Tan Aik
Huang (badminton), M. Rajamani (olahraga)
1968: Ng Boon
Bee (badminton), Annie Goh Koon Gee (bola keranjang)
1969 Punch
Gunalan (badminton), Ong Mei Lin (renang)
1970: Ng Joo
Ngan (berbasikal), Radhika Menon (tenis)
1971: Daud
Ibrahim (berbasikal), Junaidah Aman (olahraga)
1972: M.
Mahendran (hoki), Junaidah Aman (olahraga)
1973: Chiang
Jin Choon (renang), Gladys Chai Ng Mei (olahraga)
1974: Punch
Gunalan (badminton), Rani Kaur (hoki)
1975: Khoo
Chong Beng (olahraga), Sylvia Ng (badminton)
1976: Mokhtar
Dahari (bola sepak), Marina Chin (olahraga)
1977: Shukor
Saleh (bola sepak), Marina Chin (olahraga)
1978: Vasu
Subramaniam (olahraga), Sylvia Ng (badminton)
1979: Khoo Boo
Jin (boling), Shirley Chow (boling)
1980: Rabuan
Pit (olahraga), Katerina Ong (renang)
1981: Misbun
Sidek (badminton), Helen Chow (renang)
1982: Rabuan
Pit (olahraga), Zaiton Othman (olahraga)
1983: Misbun
Sidek (badminton), Norsham Yoon (olahraga)
1984: Michael Chuah Seng Tatt (boling), tiada pemenang
1985: Rosman
Alwi (berbasikal), Nurul Huda Abdullah (renang)
1986: Abdul
Malek Mohd. Noor (bina badan), Nurul Huda Abdullah (renang)
1987: M.
Kumaresan (berbasikal), Nurul Huda Abdullah (renang)
1988: Jeffrey
Ong (renang), Nurul Huda Abdullah (renang)
1989: Foo Kok
Keong (badminton), Nurul Huda Abdullah (renang)
1990: Rashid
Sidek (badminton), Lydia Kwah (boling)
1991: Rashid
Sidek (badminton), Lisa Kwan (boling)
1992: Rashid
Sidek (badminton), Lim Ai Lian (golf)
1993: M.
Ramachandran (olahraga), Lisa Kwan (boling)
1994: Nur
Herman Majid (olahraga), Shalin Zulkifli (boling)
1995: Sam
Chong Tin (biliard-snuker), Sharon Low (boling)
1996: Rashid
Sidek (badminton), Shalin Zulkifli (boling)
1997: Cheah
Soon Kit/Yap Kim Hock (badminton), Shalin Zulkifli (boling)
1998: Lim Keng
Liat (renang), G. Shanti (olahraga)
1999: Shahrulneeza Razali (berbasikal), Nicol David (skuasy)
2000: Sazali
Samad (bina badan), Noraseela Mohd. Khalid (olahraga)
2001: Roslin
Hashim (badminton), Shalin Zulkifli (boling)
2002: Karamjit
Singh/Allen Oh (rali kereta), Shalin Zulkifli (boling)
2003: Nazmizan
Mohamad (olahraga), Nicol David (skuasy)
2004: Josiah
Ng (berbasikal), Elaine Teo (taekwondo)
2005: Lee
Chong Wei (badminton), Nicol David (skuasy)
2006: Sazali
Samad (bina badan), Nicol David (skuasy)
2007: Koo Kien
Keat/Tan Boon Heong (badminton), Nicol David (skuasy)
2008: Lee
Chong Wei (badminton), Nicol David (skuasy)
2009: Azizulhasni Awang (berbasikal), Nicol David (skuasy)
2010: Azizulhasni Awang (berbasikal), Nicol David (skuasy)
2011: Lee
Chong Wei (badminton), Pandelela Rinong Pamg (akuatik terjun)
2012: Lee
Chong Wei (badminton), Pandelela Rinong Pamg (akuatik terjun)
2013: Sazali
Samad (bina badan), Nicol David (skuasy)
2014: Sazali
Samad (bina badan), Nicol David (skuasy)
2015: Mohd.
Al-Jufferi Jamari (silat), Pandelela Rinong Pamg (akuatik terjun)
2016: Abdul
Latif Romly (olahraga para), Siti Rahmah Mohamed Nasir (silat)
2017: Azizulhasni Awang (berbasikal), Cheong Jun Hoong (akuatik terjun)
2018: Muhammad
Rafiq Ismail (boling), Amy Kwan (gimnastik)
2019/2020: Datuk Azizulhasni Awang (berbasikal), Tan Cheong Min (wusyu)
2021: Datuk
Azizulhasni Awang (berbasikal), Datuk
Pandelela Rinong Pamg (akuatik terjun)
2022: Aaron
Chia Teng Fong/Soh Wooi Yik (badminton), Ng Joe Ee (gimnastik)