Video| Anak ketujuh dan akhir? Kekal hebat! Jamal Abdillah, 66, timang lagi anak! Magdalena Yamani!
Published by.
Hebat Datuk Jamal Ubaidillah Mohd Ali, lebih dikenali sebagai Jamal Abdillah. Pada usia hampir 66 tahun, penyanyi legenda ini masih mampu menimang zuriat.
Ketika isterinya Datin Zai Izzati Khiruddin, mengandung, Jamal pernah berkata anak ketujuh adalah zuriat terakhirnya kerana usianya semakin senja.
Melalui perkahwinan keempatnya dengan Zai Izzati pada 1 April 2017, sebelum ini dikurniakan empat anak iaitu Nur Azura Yamani, 6; El Isaac Yamani, 5; Iskandar Rayyan Yamani, 3; dan Rahil Laura Salsabila Yamani, 2.
Perkahwinan pertamanya dengan usahawan Basirah Abdul Latiff pada 1988 namun mereka bercerai pada 1996 tanpa dikurniakan sebarang anak.
Selepas bercerai dengan Noraina, Jamal berkahwin pula dengan Fatimatuzahrah Samad pada 2006 namun bercerai pada 2009. Perkahwinan kali ketiga ini, Jamal dikurniakan Ahmad Zaki Yamani, yang berusia 18 tahun.
Setelah tiga kali mengalami kegagalan dalam perkahwinan, seorang wanita bernama Zai Izzati Khiruddin berjaya membuka hati Jamal untuk berkahwin semula pada 1 April 2017, walaupun jarak usia mereka 34 tahun.
Jamal ketika itu berusia 59 tahun sementara Zai baru berusia 25 tahun.
/
Selepas perkahwinan berlangsung, Jamal pernah menyatakan perkahwinan dengan Zai adalah yang terakhirnya setelah mengkaji mengapa tiga perkahwinan terdahulu menemui kegagalan.
Dan ternyata perkahwinan dengan Zai Izzati memberi tuah kepadanya. Selain mempunyai lima anak hasil perkahwinan itu, kegiatan seninya turut cemerlang kKetika sudah memasuki usia senja. Selain itu perniagaan Jamal turut berkembang.
Bagi menghargai sumbangan Zai Izzati dalam kehidupannya, Jamal Abdillah menghadiahkan perniagaan produk kosmetik dan minyak wangi buat isterinya itu.
Kita berharap kehidupan Jamal dan Zai Izzati kekal hingga ke Jannah dan sempat membesarkan anak-anak yang bakal menjejaki alam remaja beberapa tahun lagi. Jamal sudah mewujudkan tabung pendidikan untuk anak-anaknya.