Video| Air dicincang tak akan putus! Famili Duo rapatkan kembali Osama, Zaki Yamani! RM100k untuk ibu!
Published byKasih kembali bertaut lantaran 'Duo Famili'
"AIR dicincang tak akan putus." Begitulah yang dialami saudara berlainan ibu, Osama Yamani, 22, dan Ahmad Zaki Yamani, 17, iaitu anak kepada penyanyi tersohor, Datuk Jamal Abdillah.
Namun hubungan dua beradik sebapa ini kembali rapat apabila dua bulan menyertai pertandingan ‘Famili Duo’ musim 2 TV3 dan sering bertemu sehingga menjadi juara pertandingan itu pada Ahad, 5 Februari 2023.
Duo ‘Yamani’ ini menyampai lima lagu untuk dua segmen. Segmen pertama ialah lagu yang pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu (AJL). Satu lagi segmen ialah ‘Pilihan Bebas’.
Ketika diwawancara dalam program ‘Wanita Hari Ini‘ (WHI) TV3 pada Isnin, 6 Februari 2023, dua beradik ini menyatakan mereka akan mengekalkan nama ‘Yamani’ dalam persembahan bersama mereka pada masa akan datang.
Pasangan duo ini turut mengucap terima kasih terhadap pihak pengurusan iaitu Rusa Music dan kru yang membantu menjayakan konsep dan persembahan mereka.
Sementara itu dalam sesi bertemu dengan media selepas pertandingan, duo ini menyatakan akan menghadiahkan wang kemenangan sebanyak RM100 ribu secara bersama dengan ibu masing-masing.
Osama merupakan anak kepada Intan Noraina Mohd Yusof iaitu bekas isteri kedua Jamal Abdillah. Sementara Zaki adalah anak kepada Fatimahzahra Abd Samad Iaitu isteri ketiga Jamal.
Noraina turut hadir menyaksikan persembahan Yamani. Namun duduk di kerusi bahagian tengah penonton, tidak sebaris dengan bekas suaminya.
Duo Osama dan Zaki Yamani menewaskan duo Ayda dan Fyna Jebat sebagai naib juara, duo Wany Kayrie dan Bella Astillah di tempat ketiga dan duo Naim Danial dan Sissy Imann di tempat keempat. - KitaReporters