Video| Rezeki si comel! Anzalna bantu bapa tunggal beli barang keperluan bayi! Kongsi rezeki Allah!

Published by
KitaReporters


SIKAP pemurah pelakon terkenal, Anzalna Nasir membantu seorang bapa tunggal membeli barang keperluan untuk bayinya di sebuah pusat beli-belah bagi meringankan beban kehidupannya meraih pujian ramai dalam media sosial.

Menerusi hantaran sebuah video yang dimuat naik oleh Anzalna dalam media sosial, kelihatan seorang bapa tunggal begitu sibuk memilih barang yang diperlukan untuk anak kesayangannya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bapa-bapa tunggal


“Rezeki yang Allah beri perlu dikongsi bersama mereka yang memerlukan. Kali ini Anzalna bawa single daddy (bapa tunggal) bersama anak kesayangan shopping (membeli-belah) di tempat kegemaran Anzalna.

“Insya-Allah Anzalna akan bawa lagi keluarga yang bertuah beli-belah tolong tag keluarga yang memerlukan,” katanya menerusi ruangan kapsyen dialam laman Instagram miliknya.


Anzalna dan keluarga


Meninjau dalam ruangan komen, orang ramai berasa sebak dengan pengorbanan yang dilakukan oleh bapa itu membesarkan bayi kesayangan serta mendoakan beliau dan Anzalna dimurahkan rezeki. 



“Semoga Allah merahmati kehidupan Anzalna sekeluarga,” tulis @artmubin.

“Allahu berair mata tengok. Semoga murah rezeki Anzalna sekeluarga. Semoga dipermudahkan urusan bapa tunggal itu, bayi itu sangat comel,” ujar @shikinshauki.

“Terima kasih sebab jadi orang baik,” jelas @nurainsahz. - KitaReporters


11
7
0
17
0

Copy Link: