.

Walaupun cuma akad nikah, namun majlis berlangsung meriah dengan dihadiri sejumlah saudara mara. - Kredit foto: Tribun News
APABILA perasan cinta melanda, semua yang dialami terasa indah belaka. Jika ada pihak yang cuba menghalang, ia pasti tidak dapat meredakan perasaan cinta membara itu. 
Cinta segi tiga remaja di Sumatera Selatan, Indonesia selama beberapa tahun, sejak awal remaja hingga kini masing-masing berusia 17 tahun tidak dapat dipisah sehingga mereka sanggup hidup bermadu.
Supandi dari Desa Karang Anyar, Kecamatan Rupit, Musi Rawas Utara (Muratara) tidak tidak dapat melepaskan salah satu kekasihnya, Annisa dan Sangkut, yang juga masing-masing berusia 17 tahun.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pernikahan


Tak dapat buat pilihan, akhirnya Supandi mengahwini kedua-dua, Anissa dan  sekali. - Kredit foto: Tribun News


Dia mempunyai perasaan cinta mendalam terhadap kedua-dua remaja itu yang mempunyai hubungan saudara dekat kerana mempunyai datuk yang sama.

Supandi yang sudah tidak bersekolah dan bekerja mengutip buah sawit di kebun ayahnya,  sementara Annisa dan Sangkut masing-masing masih di sekolah menengah. Annisa dan Sangkut juga sama-sama menaruh hati terhadap Supandi.

Bagi menyelesaikan masalah cinta tiga segi majlis akad nikah telah diadakan pada Jumaat, 10 September 2021. 

Akad nikah dengan Annisa  diadakan selepas solat Jumaat iaitu jam 1 tengah hari, sementara akad dengan Sangkut berlangsung jam 3 petang.


.

Suasana pernikahan salah satu remaja yang tular dalam laman sosial. - Kredit foto: Tribun News

Menurut seorang ketua masyarakat Desa Karang Anyar, Wildan Hakim hanya majlis akad diadakan. Sementara majlis resepsi perkahwinan dijangka berlangsung Februari 2022.

Perkahwinan cinta tiga segi ini tular apabila video akad nikah mereka disiar dalam sejumlah media sosial

Annisa dan Sangkut belum memastikan sama ada untuk meneruskan persekolahan atau sebaliknya. Sementara Supandi menyatakan mampu menjalani hidup bermadu kerana dia sebagai anak tunggal bakal mewarisi ladang sawit ayahnya.

Menurut Wildan, perkahwinan cinta segi tiga pernah berlaku di kampung itu 15 tahun lalu. - KitaReporters

16
14
0
15
0

Copy Link: