Video| Anuar Zain masih bujang pujaan Malaya? Usia hampiri 52 tahun! Reda solo ke akhir hayat!

Published by
KitaReporters
/
Sukarnya mencari jodoh membuat Anuar reda tak kahwin hingga akhir hayat. Kredit foto: Anuarzain70

Pada 15 April 2022 ini genap 52 tahun usia penyanyi terkenal Anuar Zain. Dalam usia sedemikian biasanya lelaki sudah pernah berkahwin dan punya beberapa anak. 

Namun hakikatnya Anuar kini masih melayani anak-anak buahnya dan hanya melihat satu demi satu sahabatnya berumah tangga dan dah punya beberapa cahaya mata.

Lirik dalam lagu ‘Lelaki Ini’ yang memuja wanita yang dicintainya tidak wujud dalam kehidupan nyatanya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan orang bujang

/

Anggota keluarga pernah mencarikan jodoh tetapi tidak menepati citarasa Anuar.


Penyanyi Ellina pasangan duetnya dalam album lagu kanak-kanak awal 80-an sudah mempunyai beberapa cahaya mata.

Bagi Anuar Zain, bukan dia tidak pernah mencuba untuk mencari teman hidup, namun hubungan yang dijalin tidak lama menyebabkan dia terus memegang gelaran bujang terlajak.

Bukan tidak ada anggota keluarga yang cuba menjodohkannya dengan seseorang. Namun semuanya tidak bersesuai dengan diri Anuar atau nama lengkapnya Shahrul Anuar Zain.

Malah ada peritiwa lucu bagi dirinya bila ada peminat yang 'melamar’nya untuk dikahwini.


/

Dilamar peminat peristiwa paling lucu dalam hidup Anuar

Anuar memang cukup memilih soal jodoh. Baginya paras rupa adalah faktor kedua. Yang paling penting  isterinya mempunyai kelebihan dalam aspek-aspek lain yang sukar dicari.  

Kerana masih tidak ada yang sesuai Anuar reda membujang hingga ke akhir hayat.

Bagi tidak terlalu memikir soal jodoh, Anuar menyibukkan diri dengan kegiatan seni. Dan sejak kira-kira setahun lalu, Anuar dikatakan bergiat dengan kegiatan tabligh.

Anuar enggan mengulas lanjut mengenai kegiatan tablighnya itu. Dia berkata, cuma sekadar untuk mengetahui kehidupan golongan tersebut dan peningkatan usia membuat dia lebih banyak mengikuti kegiatan agama.

Namun Anuar menjelaskan, banyak mengikuti kegiatan keagamaan tidak akan menyekatnya bergiat dalam bidang seni yang sudah diceburi sejak kecil.


Kata Anuar, dirinya akan tenang apabila melakukan kegiatan seni di samping mendekati kegiatan keagamaan.

Anuar merupakan adik kepada penyanyi Ziana Zain dan bapa saudara kepada penyanyi Ernie Zakri. Dia mempunyai suara tinggi yang unik dan merupakan antara penyanyi lelaki terbaik milik negara. - KitaReporters


Meningkatnya usia membuat Anuar Zain mendekati urusan agama.

9
17
0
10
0

Copy Link: